Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un, ujar Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol.
Kang Chol berkata cadangan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan lebih baik tentang pembunuhan itu.
"Sudah seminggu kejadian berlaku, namun tiada bukti kukuh apa yang menyebabkan kematian," katanya dalam sidang media di Kedutaan Korea Utara di Jalan Bantai di sini hari ini.
BACA: Wisma Putra arah Duta Malaysia pulang, panggil Duta Korea Utara beri penjelasan
BACA: Rakaman CCTV detik-detik akhir Kim Jong Nam disiar media antarabangsa
BACA: Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis
Justeru, pihaknya sedia menghantar delegasi peguamnya sekiranya Malaysia bersetuju dengan cadangan berkenaan.
"Jika Malaysia bersetuju dengan cadangan kami, kami akan menghantar delegasi peguam untuk menyertai penyiasatan bersama-sama polis Malaysia," katanya dalam sidang media di kedutaan di sini," tambahnya lagi.
Menurutnya lagi, Korea Utara sebagai negara asal mangsa, mempunyai hak untuk memohon hasil siasatan, khususnya berkaitan dengan dakwaan bagaimana Jong-nam telah dibunuh.
"Terdapat dakwaan bahawa suspek wanita yang ditahan telah membunuhnya dengan menggunakan jarum beracun atau menekup mukanya dengan bahan kimia. Kami mendesak untuk berjumpa dengan suspek bagi mengetahui kebenarannya," kata Kang Chol.
Selain itu permintaan Malaysia untuk mendapatkan sampel DNA keluarga Jong Nam sebelum jasad lelaki itu dapat dibawa pulang adalah didakwa sebagai tidak munasabah.
"Bagaimana boleh diketahui bahawa (keputusan) contoh sampel daripada badan mangsa yang jelas adalah warganegara (Korea Utara) akan dikeluarkan selepas DNA (keluarga) diberikan? Adakah normal jika ujian DNA dilakukan untuk proses identifikasi atau mayat itu sudah reput?," tegas beliau lagi.
Pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menepis dakwaan Korea Utara bahawa Malaysia sengaja melengahkan proses penghantaran pulang mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong-Nam.
Sebaliknya, tegas beliau, selagi ujian (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.
BACA: Menelusuri riwayat Kim Jong Nam: Siapa dan mengapa?
Semalam polis memaklumkan, tujuh lelaki warga Korea Utara yang disyaki perancang utama kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, Kim Jong Nam kini masih bebas dengan empat suspek dipercayai telah meninggalkan negara ini pada hari kejadian.
Polis juga pada Sabtu telah menahan seorang lelaki Korea Utara yang disyaki terlibat dalam perancangan pembunuhan tersebut, selepas menahan dua suspek wanita serta seorang lelaki lain sebelum itu.
Isnin lepas, Jong Nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita dikatakan menekup mukanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.
Jong Nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Rahimah Abdullah
Mon Feb 20 2017
![Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41487578659_KangChol.jpg)
Menurut Duta Korea Utara, Kang Chol, Pyongyang sedia menghantar delegasi peguamnya sekiranya Malaysia bersetuju dengan cadangan berkenaan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51490024876_NorthKorea.jpg)
Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang
Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea Utara bagi mengawasi kelibat pegawai kedutaan untuk komen berhubung pembunuhan Kim Jong-nam semakin reda.
![Kaunselor Kedutaan Korea Utara marah gambar dirakam media Kaunselor Kedutaan Korea Utara marah gambar dirakam media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489853562_KedutaanKoreaUtara.jpg)
Kaunselor Kedutaan Korea Utara marah gambar dirakam media
Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-song berang apabila pengamal media merakamkan gambarnya yang sedang meletakkan sampah di hadapan kedutaan itu malam tadi.
![Pembunuhan Jong Nam: Kedutaan Korea Utara belum beri kerjasama - KPN Pembunuhan Jong Nam: Kedutaan Korea Utara belum beri kerjasama - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61455977856_KhalidAbuBakar.jpg)
Pembunuhan Jong Nam: Kedutaan Korea Utara belum beri kerjasama - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih tidak menerima maklumat daripada kedutaan mahupun kerajaan Korea Utara berhubung tujuh individu yang dikehendaki berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam.
![Pembunuhan Jong Nam: Polis tidak pasti dakwaan dua suspek bersembunyi di kedutaan - Khalid Pembunuhan Jong Nam: Polis tidak pasti dakwaan dua suspek bersembunyi di kedutaan - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487774932_KedutaanKoreaUtara.jpg)
Pembunuhan Jong Nam: Polis tidak pasti dakwaan dua suspek bersembunyi di kedutaan - Khalid
Polis belum dapat mengesahkan dakwaan bahawa dua suspek yang dicari untuk membantu siasatan pembunuhan Kim Jong Nam sedang 'bersembunyi'di Kedutaan Korea Utara di sini.
![Infografik: Siapa Kim Jong-Nam? Infografik: Siapa Kim Jong-Nam?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71487690949_TBJongNam.jpg)
Infografik: Siapa Kim Jong-Nam?
Jong Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un, meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.
![Tiada kecederaan dikesan pada tubuh Kim Jong Nam - KKM Tiada kecederaan dikesan pada tubuh Kim Jong Nam - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71487663901_DrNoorHishamAbdul.jpg)
Tiada kecederaan dikesan pada tubuh Kim Jong Nam - KKM
Kementerian Kesihatan mendedahkan siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan suntikan atau kecederaan pada tubuh Kim Jong Nam.
![Empat berlepas dari KL sejam selepas pembunuhan Jong Nam - Sumber Empat berlepas dari KL sejam selepas pembunuhan Jong Nam - Sumber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81487510108_SuspekBunuhJongNam.jpg)
Empat berlepas dari KL sejam selepas pembunuhan Jong Nam - Sumber
Keempat-empat lelaki yang dipercayai dalang pembunuhan Kim Jong Nam disahkan telah keluar dari negara ini dan dilaporkan sudah berada di Korea Utara.
![Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41487578659_KangChol.jpg)
Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un, ujar Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol.
![Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81487510108_SuspekBunuhJongNam.jpg)
Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis
Empat suspek kes pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini pada hari kejadian dia dibunuh.
![Pembunuhan Kim Jong Nam: Hanya satu pihak sepatutnya keluarkan kenyataan - Penganalisis Pembunuhan Kim Jong Nam: Hanya satu pihak sepatutnya keluarkan kenyataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61487164387_KimJongNam.jpg)
Pembunuhan Kim Jong Nam: Hanya satu pihak sepatutnya keluarkan kenyataan - Penganalisis
Ini kerana berlaku percanggahan dan kekeliruan dalam kenyataan yang dikeluarkan pasca pembunuhan Kim Jong Nam.