KUALA LUMPUR: Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini digalakkan segera mendaftar Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian (TRIS) bagi tujuan pemantauan, pemberian bantuan dan peluang pekerjaan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata hanya mereka yang berdaftar melalui sistem TRIS dan memiliki kad identiti khas MyRC boleh dipertimbangkan untuk diberi akses kepada kemudahan disediakan kerajaan.
Katanya, kemudahan tersebut seperti perkhidmatan kesihatan awam, pendidikan di pusat bimbingan alternatif yang berdaftar, peluang pekerjaan dan latihan terutamanya dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkilangan.
Beliau berkata selain itu, ia juga dapat memudahkan kerajaan untuk memantau dengan lebih efisien keberadaan pemegang kad khas berkenaan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu yang akan diperkenalkan nanti.
"Sungguhpun Malaysia mempunyai pendirian tegas dengan tidak mengiktiraf golongan pelarian, namun atas prinsip kemanusiaan, kerajaan tetap menguruskan golongan tersebut secara kes demi kes," katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan di Pusat Pendaftaran TRIS di Sungai Buloh, Selangor semalam.
Hamzah berkata pendaftaran semula pemegang kad UNHCR ke dalam sistem berkenaan akan melalui proses pemprofilan lebih teliti menggunakan teknologi canggih yang dilengkapi dengan ciri keselamatan yang tinggi serta perlu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Pada 22 Julai lepas, kerajaan meluluskan TRIS untuk diguna pakai secara besar-besaran terhadap semua pemegang kad UNHCR di negara ini.
Hamzah pada 23 Julai dilapor berkata sistem tersebut diluluskan bagi memastikan segala data individu yang memegang kad UNHCR didaftarkan semula dengan TRIS bagi mengenal pasti keberadaan pelarian dan pelaporan kepada negara.
TRIS merupakan sistem pangkalan data Malaysia, yang berkaitan dengan status pemegang kad UNHCR dan pencari suaka selain bagi mengemas kini proses pengurusan dan profil bersama-sama dengan proses pengumpulan data, pendaftaran, penyimpanan profil, analisis dan pelaporan untuk Kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022
Hamzah bercakap pada sidang media ketika melakukan lawatan kerja ke Pusat Pendaftaran PATI yang memegang Kad United Suaka melalui TRIS di Dsara Sentral, Sungai Buloh, 7 Sept 2022. --fotoBERNAMA
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
250,000 orang larikan diri dari Lubnan ke Syria berikutan serangan Israel - PBB
Kira-kira 250,000 orang menyeberang dari Lubnan ke Syria berikutan serangan yang diperhebatkan oleh Israel, menurut UNHCR.
Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.
Olimpik Paris 2024: UNHCR catat sejarah hantar kontinjen pelarian terbesar dan raih pingat sulung
Dengan 37 atlet yang bertanding dalam 12 sukan berbeza, ini adalah pasukan pelarian terbesar sejak IOC menubuhkan pasukan pelarian pertama pada Sukan Olimpik 2016.
UNHCR: Pendatang hadapi 'kengerian yang tidak dapat dibayangkan' di laluan utama ke Eropah
UNHCR menggesa perluasan usaha menyelamat bagi pendatang di laluan penghijrahan utama ke Eropah, yang menghadapi 'kengerian yang tidak dapat dibayangkan'.
Penjawat awam antara empat ditahan menyamar polis, samun warga Myanmar
Seorang penjawat awam antara empat lelaki ditahan menyamar sebagai polis dan disyaki menyamun lapan warga Myanmar di Kampung Kubang Tin, Melor di sini semalam.
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
'Daya tahan Ukraine terserlah ketika mendepani kepayahan, cabaran'
Hari ini menandakan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine sudah menjangkau dua tahun.