KUALA LUMPUR: Kegiatan geng warga Myanmar edar dadah di pasar borong untuk kegunaan rakan senegara mereka berjaya dibongkar polis menerusi serbuan di Taman Sri Kuching, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, tiga lelaki Myanmar itu diberkas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 1 pagi dengan rampasan dadah bernilai RM109,240.
Menurutnya, rampasan membabitkan dadah jenis pil yaba seberat 1,604 gram, ganja (104 gram), daun kering disyaki ganja (20 gram) dan syabu (102 gram).
"Dipercayai bekalan dadah ini untuk pasaran sekitar Kuala Lumpur selain menyasarkan kepada pekerja warga Myanmar di pasar borong.
"Polis percaya dadah ini diperoleh daripada seorang individu dari Pantai Timur," katanya dalam sidang akhbar di IPD Sentul di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, soal siasat suspek mendakwa sebiji pil yaba dijual dengan harga RM11.
Katanya, suspek yang juga pemegang Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu disyaki telah aktif sejak enam bulan lalu.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk kenal pasti ahli sindiket dan sumber bekalan dadah terbabit," ujarnya.
Tegasnya, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 19 Februari depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 16 2024
Pil yaba antara dadah yang dirampas polis susulan tangkapan tiga lelaki warga Myanmar di ibu negara, Selasa lalu.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Tiada penyelesaian ad hoc dalam merungkai masalah pelarian - Wan Azizah
Malaysia perlu mempunyai keseimbangan dalam membantu para pelarian dengan melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.