awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemenang MasterChef kecam media Australia salahguna gambar Instagramnya

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
28/08/2014
10:12 MYT
Pemenang MasterChef kecam media Australia salahguna gambar Instagramnya
MENGELIRUKAN: Catherine kecam tindakan sebuah media Australia yang menyalahgunakan gambarnya untuk memberi gambaran negatif ke atas MAS
Pemenang MasterChef UK 2014, Catherine Chin Wan Ping Coombes semalam mengkritik tindakan sebuah media Australia yang menyalahgunakan gambarnya untuk memberi gambaran negatif ke atas Malaysia Airlines (MAS).
Di dalam gambar yang dimuatnaikkannya di laman Instagram miliknya, Catherine bersama suami dan anak perempuannya, dilihat berada di dalam pesawat MAS yang kosong.
Media Australia itu menggunakan gambarnya, bersama beberapa gambar lain, di dalam sebuah berita yang menceritakan bagaimana MAS sedang berusaha untuk memulihkan prestasinya selepas berdepan dengan tragedi MH370 dan MH17.
g
g
Gambar Instagram Catherine Coombes yang dimuatnaik pada 17 Ogos
“Terlihat gambar ini di media sejurus terjaga dari tidur! Sesiapa sahaja yang pernah menaiki pesawat tahu keluarga yang mempunyai anak kecil dibenarkan menaiki pesawat lebih awal. Pesawat ini bukan kosong. Hakikatnya ia penuh.
“Adalah menyedihkan apabila ucapan terima kasih di atas kesudian untuk menaiktaraf tempat duduk kami digunakan untuk mengecam penerbangan yang sedang berhadapan waktu sukar. Kita seharusnya memberikan sokongan dan menghulurkan rasa simpati,” kata Coombes di dalam laman Instagramnya.
Catherine pada mulanya memuatnaikkan gambar itu di laman Twittwernya pada 17 Ogos dengan mesej terima kasih kepada MAS.
Catherine yang merupakan anak kelahiran Ipoh itu, telah memenangi pertandingan MasterChef UK 2014 baru-baru ini apabila memasak sup wantan dan nasi lemak semasa pusingan akhir rancangan masakan itu.
Topic Berkaitan
#Catherine Chin Wan Ping Coombes
#Instagram
#MAS
#MasterChef UK 2014
#MH17
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan