Ekoran pemergian pakar ekonomi, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin yang meninggal dunia hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial Twitter.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam dua petang Sabtu akibat penyakit kanser.









Mahani, yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam ekonomi pembangunan dari University of London pada 1992, pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Ekonomi Kendalian, Universiti Malaya.

Allahyarham yang turut bertanggungjawab bagi penggubalan dasar semasa krisis kewangan Asia 1997/1998 merupakan seorang pakar ekonomi cemerlang dan peneraju dasar awam.

Beliau juga terlibat dalam merangka Model Ekonomi Baru.

Mahani, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) meninggal dunia pada kira-kira 2 petang akibat penyakit kanser, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada Sabtu.

Allahyarham, 59, meninggalkan suami, Hamidon Howell Miller dan seorang anak lelaki James Imran Miller.

Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Maghrib malam tadi.