Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 mendapati pemeriksaan dan pengurusan kesihatan kanak-kanak di Institusi Kanak-Kanak (IKK) di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berada dalam keadaan tidak memuaskan.
Berdasarkan laporan audit yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, didapati pemeriksaan kesihatan secara berkala dan berjadual tidak dilaksanakan sepanjang tempoh kanak-kanak berada di IKK.
"Pemeriksaan kesihatan hanya dilaksanakan semasa kemasukan kanak-kanak ke IKK dan sebelum tamat tempoh tahanan," kata laporan itu.
Bagi mempertingkatkan lagi pemeriksaan kesihatan, IKK disyor untuk merancang program kesihatan secara berjadual meliputi ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan kesihatan kanak-kanak dan pelatih sentiasa baik.
Selain itu, laporan audit juga menyentuh mengenai tahap keselamatan di 10 buah IKK terutama membabitkan persediaan institusi itu menghadapi kebakaran apabila didapati IKK itu gagal mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Ini bagi memastikan pelatih dan kanak-kanak di IKK didedahkan cara untuk menggunakan alat pemadam api sekiranya berlaku kebakaran.
Menurut laporan itu, walaupun didapati peralatan pemadam api disediakan secara teratur di kawasan yang bersesuaian namun penghuni IKK yang ditemu bual mengakui mereka tidak pernah menjalani latihan kebakaran dan langkah menghadapi kecemasan.
Selain itu, Sarawak dan Kelantan adalah negeri dengan bilangan penerima bantuan tertinggi untuk kanak-kanak bagi tahun 2014 hingga 2016, iaitu masing-masing melebihi 10,000 orang setahun.
"Walaupun bilangan penerima di Sarawak menunjukkan penurunan setiap tahun, namun jumlah agihan bantuan didapati meningkat sebanyak RM1.87 juta (5.4 peratus) pada 2015 dan RM5.35 juta (14.6 peratus) pada 2016," kata laporan itu.
Kelantan tidak menunjukkan sebarang perbezaan ketara dalam tempoh sama.
Bilangan penerima bantuan Kanak-Kanak di Sarawak pada tahun 2014 adalah 14,248 orang melibatkan peruntukan sebanyak RM34.87 juta, dan menurun pada 2015 dengan13,396 orang penerima (RM36.74 juta) dan 2016 terdiri 12,547 penerima (RM42.09 juta).
Ini (peningkatan jumlah peruntukan bantuan) adalah disebabkan banyak keluarga yang mempunyai anak melebihi empat orang dan bayaran maksimum sebanyak RM450 sebulan perlu diberikan," kata laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
IKK disyor untuk merancang program kesihatan secara berjadual meliputi ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan kesihatan kanak-kanak dan pelatih sentiasa baik. - Gambar hiasan
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.