MALAYSIA
Pemerintahan Sultan Ibrahim yang bijaksana lambang keluhuran, penyatuan negara - PM Anwar

Perdana Menteri menyampaikan sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bijaksana sentiasa menjadi lambang keluhuran dan penyatuan negara.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri menzahirkan penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemerintahan Sultan Ibrahim sebagai lambang keluhuran dan penyatuan negara.
- Ucapan sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi: Anwar merafak sembah dan mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda serta Raja Permaisuri Agong, memohon keberkatan dalam pemerintahan.
- Seluruh rakyat menzahirkan kesetiaan kepada Sultan Ibrahim: Perdana Menteri menegaskan kesetiaan rakyat terhadap pemerintahan baginda dan komitmen untuk kemajuan serta kesejahteraan negara.
Berangkat pada istiadat itu ialah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan barisan jemaah menteri.
Dalam ucapannya, Anwar sekali lagi merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.
"Patik dan sekalian rakyat merafakkan doa ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh keluarga dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus diberikan keafiatan dan penuh kedaulatan, memayungi negara dan menaungi kesejahteraan rakyat," kata Perdana Menteri.
Anwar berkata seluruh rakyat menzahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Ibrahim serta memperteguh ikhtiar bersama demi kemajuan dan kesejahteraan tanah air tercinta.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami