awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PEMERKASA: Bantuan khas RM20 juta disalur kepada setiap kerajaan negeri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
20/03/2021
05:23 MYT
PEMERKASA: Bantuan khas RM20 juta disalur kepada setiap kerajaan negeri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu akan diagihkan secara sama rata, iaitu RM20 juta kepada setiap negeri. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas berjumlah RM260 juta yang akan diagihkan secara langsung kepada semua kerajaan negeri.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu akan diagihkan secara sama rata iaitu RM20 juta kepada setiap negeri untuk pelaksanaan segera projek-projek kecil bagi memulihkan ekonomi setempat di peringkat akar umbi.
"Projek-projek kecil yang akan dikhususkan kepada kontraktor kelas G1 hingga G4 ini termasuklah pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam, pembaikan jalan, program ameniti sosial, baik pulih perumahan awam serta penyelenggaraan premis perniagaan bagi memastikan peniaga kecil dan penjaja mempunyai persekitaran kondusif untuk berniaga di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
"Demi keperihatinan kerajaan kepada seluruh rakyat, kerajaan telah menambah peruntukan bagi projek berskala kecil pada tahun 2021 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi terus merancakkan aktiviti projek-projek berskala kecil di peringkat negeri dan akar umbi," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Rabu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lima fokus dengan 20 inisiatif pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang 2021 menerusi PEMERKASA yang merupakan salah satu daripada enam strategi (6R) Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi.
BACA: PEMERKASA: Lima fokus, 20 inisiatif pemulihan ekonomi 2021 - PM Muhyiddin
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#ekonomi
#kerajaan
#rakyat
#menteri
#kerajaan negeri
#PEMERKASA
#Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
#bantuan khas
#kerajaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan