KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan lima fokus dengan 20 inisiatif pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia memberi fokus mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.

Jelasnya, ia akan dilaksanakan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu berjumlah RM11 bilion.

"Pada masa ini, negara kita sedang berada pada tahap kelima Strategi 6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi, iaitu ‘Revitalize’ atau Memperkasa ekonomi.

"Pada tahap ini, strategi pemulihan ekonomi ditumpukan kepada usaha untuk merancak dan melonjakkan semula aktiviti ekonomi, atau jump-start the economy," katanya semasa pengumuman PEMERKASA pada Rabu.

Ujarnya, PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.


Berikut merupakan 20 inisiatif PEMERKASA yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Inisiatif pertama: Program Imunisasi COVID-19

Inisiatif kedua: Tiada lagi pelaksanaan PKP menyeluruh

Inisiatif ketiga: Penguatkuasaan perundangan yang ketat dan telus

Inisiatif keempat: Pelaksanaan projek-projek kecil seluruh negara

Inisiatif kelima: Geran Khas Prihatin 3.0

Inisiatif keenam: Kemudahan Mikro Kredit

Inisiatif ketujuh: Pengekalan pekerjaan dan insentif penggajian

Inisiatif kelapan: Merangsang semula sektor pelancongan dan peruncitan

Inisiatif kesembilan: Mengurangkan beban syarikat dan memperkasa koperasi

Inisiatif ke-10: Mengukuhkan persekitaran perniagaan

Inisiatif ke-11: Automasi dan digitalisasi

Inisiatif ke-12: Mengurangkan jurang digital

Inisiatif ke-13: Menggalakkan pelaburan dan pasaran eksport

Inisiatif ke-14: Menggalakkan pembiayaan mampan

Inisiatif ke-15: Bantuan kehilangan pendapatan

Inisiatif ke-16: Menambah baik program bantuan rentan

Inisiatif ke-17: Prihatin wanita

Inisiatif ke-18: Prihatin OKU

Inisiatif ke19: Prihatin belia

Inisiatif ke-20: Penerusan subsidi bagi meringankan kos sara hidup