PUTRAJAYA: Pemetaan cahaya berkonsepkan Keluarga Malaysia mewarnai Tangga Putrajaya di sini pada setiap malam mulai 26 Jan hingga 29 Jan, sebagai simbolik meraikan Hari Wilayah Persekutuan 2022.
Ia merupakan salah satu acara dalam program Bulan Pencahayaan Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim semalam.
Pemetaan cahaya di mercu tanda baharu Putrajaya itu akan bermula 9 malam hingga 11 malam, demikian menurut kenyataan dikeluarkan Perbadanan Putrajaya (PPj) sempena majlis pelancaran Bulan Pencahayaan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Bertemakan Keluarga Malaysia, pemetaan cahaya itu memaparkan kejayaan Putrajaya dari awal perancangan, seni bina dan pengurusan alam sekitar dari awal tahun 1995 sehingga ke hari ini.
Shahidan yang ditemui media selepas pelancaran Bulan Pencahayaan Wilayah Persekutuan Putrajaya itu berkata konsep Keluarga Malaysia, digunakan bagi menunjukkan semangat kekitaan seluruh rakyat Malaysia.
"Konsep Keluarga Malaysia bermakna semangat kekitaan iaitu 'Our City Our Home'... sebab itu kita paparkan konsep ini dalam sambutan ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan yang pihaknya sedang merancang untuk membina sebuah lagi ikon seumpama Tangga Putrajaya di sini.
"Kita rancang untuk ada satu lagi (Putrajaya) 'step'... mungkin berjumlah 300 anak tangga. Kita akan buat yang kedua nanti," katanya.
Tangga Putrajaya yang dibuka pada 5 Jan lepas mempunyai 250 anak tangga menuju ke atas bukit dan berketinggian 30 meter (m) serta jarak pendakian sejauh 200m.
Sementara itu, PPj memaklumkan mercu-mercu tanda di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan juga akan bermandi cahaya pada setiap malam bermula semalam sehingga 28 Feb, sempena Bulan Pencahayaan Wilayah Persekutuan Putrajaya itu.
Lampu kuning, biru dan merah yang melambangkan warna bendera Wilayah Persekutuan akan dipancarkan pada jambatan-jambatan ikonik seperti Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana dan air pancut di tasik Putrajaya.
Kenyataan PPj memaklumkan semua fasad bangunan kerajaan dan bangunan komersil di Putrajaya pula, akan dinyalakan pencahayaan jenis mod perayaan, selaras dengan Pelan Induk Pencahayaan Putrajaya.
Pencahayaan 'warm white' itu akan menyerlahkan elemen-elemen seni bina, tekstur serta warna asal bahan-bahan pada bangunan ikonik di Putrajaya, yang berunsurkan kiasan seni bina Islamik moden dan seni bina Melayu moden seperti bangunan Perdana Putra, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kompleks PPj.
Bulan Pencahayaan Putrajaya diadakan bertujuan menceriakan serta menyemarakkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 di samping memupuk rasa cinta dan sayang serta aspirasi 'Our City Our Home' bagi warga Wilayah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022
Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Pelancaran Bulan Pencahayaan Wilayah Persekutuan Putrajaya diadakan di Tangga Putrajaya Steps, 26 Jan 2022. -- fotoBERNAMA
18 projek tindakan atasi isu bekalan air
Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri itu selain memperkasa perkhidmatan sistem pembentungan.
Ratusan penumpang terkandas di KLIA
Tinjauan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)Terminal 1 mendapati ratusan penumpang terkandas kerana tidak dapat menaiki penerbangan ke Sabah dan Sarawak.
Sheriff: Tayangan awal raih lebih RM1 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal pada 17 April di pawagam.
Malaysia Airlines tawar pilihan kepada penumpang terjejas
Untuk meminimumkan kesulitan yang disebabkan oleh pembatalan yang tidak dijangka, Malaysia Airlines menawarkan pelanggan yang terjejas perubahan satu kali pada jadual perjalanan mereka secara percuma, atau memilih bayaran balik penuh tanpa mengira keluarga tambang mereka.
AirAsia sediakan pilihan kepada penumpang
AirAsia akan menyediakan pilihan kepada penumpang yang penerbangannya dibatalkan akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sulawesi Indonesia.
Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MET Malaysia
Impak letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia setakat ini masih belum menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak.
Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, letusan tersebut, yang berketinggian 725 meter dari paras laut, bagaimanapun telah menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri tersebut.
Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, letusan tersebut, yang berketinggian 725 meter dari paras laut, bagaimanapun telah menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri tersebut.
Stoking kalimah Allah: Wai Loong dituduh semula, mengaku tidak salah
Lelaki yang membuat kenyataan jelik berhubung isu stoking dengan kalimah Allah, dituduh sekali lagi, atas satu pertuduhan yang sama.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin
Jumlah tahanan Palestin dilaporkan lebih 9,500 orang, termasuk 80 tahanan wanita dan lebih 200 kanak-kanak.
Menteri Kewangan Malaysia dan Indonesia bincang kewangan Islam, industri halal di Washington
Pertemuan di Washington diadakan ketika mereka mengetuai delegasi negara masing-masing ke Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024.
PPj terima pengiktirafan kedua dari MBOR
PPj sekali lagi merangkul pengiktirafan MBOR selepas berjaya melaksanakan Pemetaan Pencahayaan Terbesar pada Tangga Terbuka yang dipancarkan pada Tangga Putrajaya selama empat hari, mulai 26 Jan.
PPj terima pengikitrafan MBOR melalui Tangga Putrajaya
Perbadanan Putrajaya (PPj) menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Tangga Putrajaya di Taman Putra Perdana Presint 1.
Pemetaan cahaya berkonsep Keluarga Malaysia warnai Tangga Putrajaya
Pemetaan cahaya di mercu tanda baharu Putrajaya itu dari 9 malam hingga 11 malam, mulai 26 Jan hingga 29 Jan.