Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 24 Jan ini untuk mengumumkan pilihan calon yang terbaik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 demi kebaikan negara.
Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas kemungkinan baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berikutan pelantikan baginda sebagai Sultan Pahang keenam berkuat kuasa semalam.
"Ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi, kalau sudahpun tercatit ke situ ke situlah saya, kita lihat surah Yasin ayat 82, barulah kita faham apa yang saya maksudkan," titah baginda.
Surah Yasin ayat 82: Innama amruhu idza arada syaian an yaqula lahu kun fayakun. Ertinya, Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah! Maka jadilah ia.
Sultan Abdullah bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana mahu memfokuskan kepada soal pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang pada 15 Jan ini.
"Saya akan fikir apakah yang harus saya buat selepas itu," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas solat subuh di Masjid Imam Syafie, Kota SAS, di sini hari ini.
Sementara itu, Sultan Abdullah turut berkongsi perasaan baginda sebaik mendapat maklum tentang pengumuman pelantikan sebagai Sultan Pahang, yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah semalam.
"Perasaan insaf dan tawaduk sebaik terima panggilan dan cadangan menjadikan saya sebagai Sultan Pahang keenam...ini sudah tentu satu perasaan berbelah, ada perasaan sedih ada perasaan syukur tanda kepercayaan ayahanda dan adik-beradik serta sebahagian besar rakyat Pahang.
"Ini juga satu tanggungjawab besar saya kepada rakyat dan saya akan usahakan untuk lakukan yang terbaik untuk rakyat Pahang tidak kira bidang apa sekalipun," titah baginda.
Baginda juga berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan tidak kira kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat untuk membela rakyat yang memerlukan bantuan.
Semalam baginda diumumkan sebagai Sultan Pahang yang baharu menggantikan ayahanda baginda yang kini dilaporkan dalam keadaan gering.
Cadangan untuk melantik Sultan Abdullah, 60, dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur Jumaat lalu setelah perbincangan diadakan dalam kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 13 2019
Sultan Abdullah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja-Raja untuk mengumumkan calon terbaik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. -Gambar fail
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Majlis Raja-Raja ke-267 bermula esok
Majlis Raja-Raja ke-267 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tonjol keistimewaan Raja Berperlembagaan di Malaysia
Istiadat penuh tradisi berkenaan juga melambangkan kedaulatan dan legitimasi keberadaan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan di negara ini.
Rang Undang-Undang Mufti dirujuk ke Majlis Raja-Raja minggu depan - PM
Perdana Menteri berkata perincian berkaitan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) mungkin akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja minggu depan.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara untuk hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Sultan dan Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara pagi ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas).
#AgongKita: Al-Sultan Abdullah perjelas lantikan PM, musyawarah bersama MRR
Ia sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak kononnya pelantikan Perdana Menteri dibuat berdasarkan keputusan Majlis Raja-Raja (MRR), dan bukan keputusan Yang di-Pertuan Agong.
Suruhanjaya Reid enggan masukkan kuasa besar Majlis Raja-Raja - Shamrahayu
Suruhanjaya Reid enggan memasukkan kuasa besar kepada Majlis Raja-Raja dalam membincangkan polisi atau dasar negara.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laungan "Daulat Tuanku" sambut kepulangan Sultan Ibrahim di Johor
Laungan "Daulat Tuanku" kedengaran sebaik kereta yang membawa Sultan Johor keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini.
Sultan Johor diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Perak kekal timbalan
Pemilihan baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas), yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.