awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda

Bernama
Bernama
28/04/2024
11:36 MYT
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Rwanda, Paul Kagame sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) hari ini. - Foto BERNAMA
RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini pada Ahad.
Pertemuan itu, yang bermula pada 11.40 pagi (waktu tempatan), berlangsung selama hampir 30 minit selepas kedua-kedua pemimpin terlibat dalam Sesi Plenari Pembukaan mesyuarat khas itu.
Pada pertemuan itu, Anwar mengalu-alukan Kagame untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia manakala Kagame turut mempelawa Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke negara Afrika berkenaan.
Kedua-dua pemimpin turut menyentuh mengenai perdagangan dua hala dengan menggalakkan lebih banyak perdagangan dalam sektor industri halal dan minyak sawit.
Jumlah perdagangan dua hala Malaysia-Rwanda ketika ini ialah sekitar AS$25 juta (RM119.2 juta).
Anwar dan Kagame turut berbincang mengenai ruang kerjasama baharu untuk diteroka termasuk pengurusan risiko bencana, perancangan bandar dan digitalisasi, pelancongan, pembangunan kapasiti sumber manusia serta industri halal.
Perdana Menteri juga dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Jordan Bisher Hani Al-Khasawneh petang ini (waktu tempatan) dan menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Presiden Rwanda
#Paul Kagame
#WEF
#pertemuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan