Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub merupakan antara lima calon yang diumumkan layak bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu November depan.

Selain Salahuddin, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan dan penyadang jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu juga diumumkan layak bertanding jawatan yang sama.

Dua lagi calon yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Pada dua pemilihan sebelum ini, Mohd Amar tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden.

Lima nama yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden itu juga turut tersenarai untuk merebut jawatan Naib Presiden bersama Datuk Mahfuz Omar, Datuk Dr Mujahid Yusuf, Datuk Abu Bakar Cj=hik, Idris Ahmad dan Nasrudin Hassan.

Bagi jawatan Presiden pula, hanya pencalonan untuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang diterima setelah pencalonan untuk seorang lagi calon tidak diterima kerana tidak melepasi syarat kelayakan iaitu mendapt dua pencalonan.

Untuk Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, sebanyak 150 pencalonan diterima namun hanya 96 calon layak bertanding merebut 18 jawatan.

Antara nama yang dicalonkan untuk bertanding AJK Kerja PAS pusat ialah penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi mengumumkan nama-nama calon yang layak untuk bertanding pada pemilihan pimpinan baharu PAS ketika Muktamar PAS ke-59 22 hingga 24 November depan.

"Borang pencalonan ditolak atas dua sebab iaitu tidak memenuhi syarat minima iaitu perlu dua pencalonan dan borang yang diserahkan tidak lengkap.

"Setiap borang perlukan tandantangan Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan," katanya.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, penyandang jawatan tersebut, Nasrudin Hassan diumumkan layak bertanding bersama lima calon lain.

Lima nama yang diumumkan layak bertanding jawatan Ketua Pemuda ialah, Suhaizan Kaiat, Zulhazmi Sharif, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Raja Yaakob, Kamarulzaman Muhammad dan Riduan Mohd Nor.

Anak Murysidul Am PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan anak Presiden PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi antara nama yang diumumkan layak bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Selain itu, empat calon lain turut diumumkan layak bertanding jawatan sama iaitu, Mohd Firdaus Jaafar, Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob, Kamarulzaman Muhammad.

Bagi jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS, empat nama diumumkan layak bertanding iaitu, penyandang jawatan tersebut, Siti Zailah Mohd Yusof bersama pencabarnya sebelum ini Nuridah Salleh.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud juga dicalonkan untuk bertanding merebut jawatan Ketua bersama seorang lagi calon Dr Halimah Ali.

Siti Zailah, Nuridah, Siti Mariah dan Halimah turut dicalon untuk jawatan Timbalan Ketua Dewan Muslimat bersama Mumtaz Mohd Nawi,, Datuk Najihatussalehah Ahmad dan Siri Ashah Ghazali.

Untuk jawatan bagi Dewan Ulamak PAS Pusat pula, pencalonan masih dibuka hingga 31 Oktober.