Usai pemilihan di sembilan negeri dengan Selangor berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu.
Walaupun mendahului di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis, Mohd Rafizi masih ketinggalan 1,186 undi di belakang Mohamed Azmin dalam keputusan setakat semalam selepas anggota parti di Perlis dan tujuh lagi cabang di Selangor memilih kepimpinan PKR bagi tahun 2018 semalam.
Menurut laman sesawang www.pemilihankeadilan2018.com, Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, memperoleh 38,228 undi, manakala Mohd Rafizi memperoleh 37,042 undi.
Jumlah undian ini termasuk keputusan muktamad di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, undi ragu di 16 cabang di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis masih diproses dan keputusan masih belum dimuktamadkan.
Di Melaka, Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan sebagai berkata sejumlah 2,000 undi dilaporkan 'hilang' membabitkan lima daripada enam cabang dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) masih menyiasat punca masalah berkenaan.
Di Negeri Sembilan, undian di cabang Jelebu masih lagi belum dikira akibat masalah teknikal.
Ketika dihubungi, Timbalan Pengerusi JPP, Dr Adzman Hedra berkata, melalui siasatan awal, masalah capaian internet yang lemah ketika undian berlangsung menyebabkan undian itu 'hilang' daripada sistem dan tidak dapat dikesan.
"Kita mengetahui undi ini 'hilang' apabila jumlah bacaan 'QR Code' anggota yang datang mengundi tidak sama dengan jumlah undian yang masuk. Bahagian teknikal JPP masih berusaha mengesan undian ini, dan jika ia gagal ditemui, kita akan ambil tindakan susulan," katanya.
Proses pengundian berbaki empat negeri lagi, iaitu Kedah (26 dan 27 Okt), Perak (27 Okt), Sabah (3 dan 4 Nov) dan Sarawak pada 10 Nov.
Sementara itu, pengundian di baki enam cabang Selangor akan dilaksanakan pada 28 Okt.
Mohd Rafizi dan pasukannya yang membawa perjuangan 'Reformasi 20 Tahun' semalam dalam satu kenyataan dalam laman Twitternya menyatakan keyakinan bahawa proses pemilihan di Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak akan berpihak kepadanya.
"Dengan persaingan di Semenanjung hanya berbaki enam cabang di Selangor berbanding 39 cabang di Perak dan Kedah minggu hadapan, saya yakin #Reformasi20Tahun ada peluang untuk menang di Semenanjung, sebelum pemilihan di Sabah dan Sarawak bermula dalam bulan November.
"Saya juga optimis sokongan di Sabah dan Sarawak akan berpihak kepada #Reformasi20Tahun," katanya.
Bernama
Mon Oct 22 2018
Mohd Rafizi dan pasukannya yang membawa perjuangan 'Reformasi 20 Tahun' semalam dalam satu kenyataan dalam laman Twitternya menyatakan keyakinan bahawa proses pemilihan di Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak akan berpihak kepadanya. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
DAP Pulau Pinang kemuka lebih 19 nama cadangan calon
DAP Pulau Pinang telah mengemukakan lebih 19 nama cadangan untuk menjadi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Terima disiplin parti atau disingkirkan - Anwar
Anwar berkata beliau melihat perkara itu sebagai keutamaan memandangkan imej parti agak tercalar di pandangan masyarakat.
Akmal Nasir Ketua AMK baharu, tetapi di'boo' perwakilan
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sah dipilih sebagai ketua Angkatan Muda Keadilan yang baharu.
JPP tidak cekap laksana tugas - Azmin
Calon timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR tidak menjalankan tugas dengan cekap dalam proses pemilihan parti itu.
Pemilihan PKR cabang Kuala Selangor ditangguh
Pemilihan PKR bagi cabang Kuala Selangor yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan berikutan masalah talian internet.
Pemilihan PKR: Azmin masih mendahului, Rafizi yakin baki empat negeri berpihak kepadanya
Usai pemilihan di sembilan negeri dengan Selangor berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli.
Kem pada pemilihan parti budaya biasa - Nurul Izzah
Beliau bagaimanapun percaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR yang peranannya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), akan menjalankan tugasnya dengan memantau perjalanan pemilihan PKR.
Saifuddin beri jaminan e-undi pemilihan PKR telus, berintegriti
Sistem yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dengan bantuan pakar itu telah dibentangkan dalam semua struktur lapisan parti dan dijamin tidak akan berlaku manipulasi data.
Kekecohan dipercayai dilakukan oleh orang luar - Johari
PKR percaya pemilihan pimpinan di 10 Cabang PKR di Selangor yang berakhir dengan kekecohan dilakukan dikalangan orang luar dari parti itu.