awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR cabang Kuala Selangor ditangguh

Bernama
Bernama
28/10/2018
07:13 MYT
Pemilihan PKR cabang Kuala Selangor ditangguh
Calon lain bersetuju untuk pemilihan itu ditunda selepas mengambil kira keselamatan dan keselesaan anggota PKR yang datang selain tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan. - Gambar hiasan/Bernama
Pemilihan PKR bagi cabang Kuala Selangor yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan berikutan masalah talian internet.
Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Azmira Ibrahim berkata tarikh baharu bagi pemilihan di cabang berkenaan akan ditentukan kemudian oleh pihaknya.
"Hari ini kami menghadapi masalah talian internet yang tidak boleh menopang sistem e-undi, dan bukan sistem e-undi ini yang bermasalah.
"Mengenai kelewatan pengumuman penangguhan ini ia kerana kami perlu mendapat pengesahan daripada JPP Pusat terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.
BACA: "Saya memang jangka kalah di Selangor" - Rafizi
BACA: Pemilihan PKR: Pengundi berang proses undi cabang Pandan lewat bermula
Kuala Selangor mempunyai seramai 17,737 anggota yang layak mengundi pada pemilihan kali ini.
Terdahulu, kecoh seketika apabila anggota PKR yang hadir sejak pukul 8.30 pagi ini diberitahu bahawa pemilihan hari ini dibatalkan.
Keadaan bagaimanapun dapat dikawal oleh petugas dan anggota keselamatan.
Sementara itu, calon Ketua Cabang Kuala Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata JPP patut menilai kembali kewajaran penggunaan sistem e-undi berkenaan.
"Masalah kelemahan talian internet bukan pertama kali berlaku hari ini, ia pernah berlaku ketika pemilihan di Melaka dan Kedah sebelum ini, dan JPP juga memberi jaminan bahawa perkara yang sama tidak akan berulang tetapi ia berulang lagi hari ini.
"Jika kita menggunakan sistem manual, perkara ini tidak akan berlaku," kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Melawati itu.
Tambahnya, beliau dan calon lain bersetuju untuk pemilihan itu ditunda selepas mengambil kira keselamatan dan keselesaan anggota PKR yang datang selain tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Pemilihan Pusat
#JPP
#Kedah
#Ketua Cabang Kuala Selangor
#Kuala Selangor
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan