awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Khalid bidas Azmin, anggap gabungan calon tidak jejas parti

Bernama
Bernama
15/04/2014
00:00 MYT
Pemilihan PKR: Khalid bidas Azmin, anggap gabungan calon tidak jejas parti
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri) dan Mohamed Azmin Ali - Gambar Fail
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin membidas kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kononnya tindakan membentuk gabungan calon dalam menghadapi pemilihan parti akan menjejaskan parti.
Katanya, pembentukan gabungan sedemikian disifatkan sebagai perkara biasa dan ia tidak seharusnya menjadi isu oleh mana-mana pihak terutamanya calon yang bertanding pada pemilihan PKR bulan depan.
"Tiada mana-mana pembentukan gabungan boleh jejaskan masa depan parti sedangkan ia adalah satu demokrasi kerana ada yang bertanding secara berpasukan dan ada juga secara individu.
"Saya juga tidak tahu yang mana satu betul, yang mana satu tidak (gabungan dalam pemilihan PKR), tetapi saya fikir perkara seperti ini harus dibiarkan saja," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini Isnin.
Tambah Abdul Khalid, keputusan kemenangan calon yang bertanding pada pemilihan itu ditentukan 400,000 anggota PKR.
Pada pemilihan itu, Abdul Khalid akan bertanding jawatan timbalan presiden mencabar penyandangnya Mohamed Azmin.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan muka baharu Datuk L. Ramachandran turut bertanding jawatan itu.
Semalam, Mohamed Azmin dilaporkan oleh sebuah portal berita mengenai kebimbangannya dengan kewujudan gabungan calon bersaing merebut jawatan dalam PKR.
Beliau menyifatkan gabungan Saifuddin, naib presiden Nurul Izzah Anwar dan pengarah strategik Rafizi Ramli bagi menghadapi pemilihan dilihat tidak sihat kepada masa depan parti tersebut.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Khalid Ibrahim
#Nurul Izzah
#Parti Keadilan Rakyat
#pemilihan PKR
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan