KUALA LUMPUR: Langkah memilih Raja atau Sultan sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) adalah tepat bagi mengelak agama Islam daripada terus dipolitikkan di negara ini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Datuk Dr Afifi al-Akiti berkata ini kerana agama Islam terletak di bawah bidang kuasa dan budi bicara Raja-Raja Pemerintah dan dilihat lebih bertepatan untuk MKI dipengerusikan oleh seorang Raja Pemerintah.
"Maksudnya di sini, kita tidak mahu agama Islam di 'parti politikkan' sebab tiap-tiap parti politik yang ada di Malaysia memang ada ijtihad atau ada pandangan mereka sendiri tentang apa polisi yang seharusnya dibuat.
"Jadi, di sinilah pentingnya Raja dalam memainkan peranannya agar unsur parti politik itu tidak masuk dalam bab-bab pengurusan agama Islam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau juga memberi contoh mengenai kebanyakan negeri beraja seperti Johor, Perak dan Selangor yang tidak membenarkan ahli-ahli politik masuk ke masjid untuk berceramah selain tidak boleh menggunakan platform khutbah Jumaat atau mimbar masjid untuk mengeluarkan kenyataan tentang polisi atau siasah.
"Kita harus ingat agama Islam adalah agama untuk semua dan bukan hanya untuk golongan tertentu. Ini adalah antara saranan dan maqasid di sebalik kenapa ada pembaharuan yang terbaharu ini," katanya.
Pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-258 baru-baru ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dipilih sebagai Pengerusi MKI untuk tempoh dua tahun.
Sebelum ini, secara amalannya jawatan itu disandang Perdana Menteri bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj.
Namun, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 baru-baru ini, telah membuat ketetapan bahawa seorang daripada Raja Pemerintah wajar memenuhi peranan dan tanggungjawab Pengerusi MKI selama dua tahun.
Sementara Perdana Menteri pula dilantik sebagai timbalan pengerusi selaras dengan perakuan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan itu.
Afifi yang juga Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom berkata keputusan itu juga merupakan peluang untuk melakukan perubahan, penambahbaikan dan penstrukturan semula agama Islam di peringkat persekutuan.
Beliau berkata perakuan jawatankuasa itu telah dirunding oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dengan Kerajaan Persekutuan dan telah mencapai persefahaman dan kata sepakat.
"Jadi, adalah lebih bertepatan untuk MKI dipengerusikan oleh seorang Raja Pemerintah.
"Perakuan Jawatankuasa Tertinggi telah menyembahkan kepada Duli-Duli Tuanku tentang pentingnya untuk melakukan pembaharuan struktur institusi agama Islam di negara kita, seperti sudah sampai masanya untuk seorang Raja Pemerintah menerajui MKI ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
AFIFI: Penting Raja memainkan peranan agar unsur parti politik itu tidak masuk dalam bab-bab pengurusan agama Islam. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Kes Nik Elin: Tenang dan hormati proses - Fahmi Fadzil
Semua pihak tanpa mengira fahaman politik diingatkan bertenang dan hormati proses Jawatankuasa Khas yang telah ditubuh di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).
Titah Sultan Selangor sempena Mesyuarat MKI ke-69
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, Mesyuarat MKI membuka satu lembaran baru dalam usaha mendaulatkan Islam di Malaysia.
Pemilihan Raja-Raja Melayu sebagai Pengerusi MKI langkah tepat, elak Islam dipolitikkan
Agama Islam terletak di bawah bidang kuasa dan budi bicara Raja-Raja Pemerintah.
Kertas cadangan kebenaran solat berjemaah akan dibincang dalam Muzakarah Khas
Kertas cadangan mengenai SOP kebenaran bagi melaksanakan ibadat solat secara berjemaah akan dibawa serta dibincangkan di peringkat Muzakarah Khas.