Pemilihan Taman Botani sebagai lokasi penganjuran baharu Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Royal Floria Putrajaya (RFP), memberi nilai tambah ketara kepada penganjurannya, khususnya dari aspek kehadiran pengunjung.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata dengan bilangan pelawat mencecah160,000 orang, RFP 2019 yang berakhir hari ini kekal menjadi platform terbaik mengangkat nama Putrajaya sebagai lokasi penganjuran festival bunga dan taman walaupun tempat penganjurannya berubah.
Beliau berkata selepas 10 tahun bertapak di Anjung Floria, Presint 4, pemilihan Taman Botani tidak memberi kesan kepada sambutan pengunjung malah, malah langkah itu juga dianggap berjaya dalam misi mempromosikan keunikannya selaku 'mother of all garden' mewakili 12 taman metropolitan yang terdapat di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
"Jumlah pengunjung mencecah 160,000 pada RFP kali ini, dikira amat baik jika mengambil kira perubahan lokasi berbanding 120,000 pelawat mengunjungi festival itu semasa dianjurkan di Anjung Floria sebelum ini.
"Kita akui ada kelemahan yang perlu diperbaiki tetapi peningkatan bilangan pengunjung menunjukkan sokongan berterusan masyarakat terhadap RFP walaupun diadakan di lokasi baharu," katanya kepada pemberita selepas menutup festival itu di sini hari ini.
Hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Royal Floria Putrajaya 2019 yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Ogos lepas melabuhkan tirainya tengah malam ini.
Khalid berkata RFP 2019 juga mencatat sejarah tersendiri apabila Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmikan orkid hibrid baharu yang diberi nama 'Vanda Queen Azizah Iskandar' bersempena dengan nama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Dalam pada itu, Aminuddin mengumumkan Orkid dan Bromeliad sebagai bunga tema festival bagi penganjuran RFP pada tahun hadapan.
Beliau berkata sebagai mana orkid yang telah dikenali, pihaknya juga ingin memperkenal dan mempromosi bromeliad, iaitu sejenis tanaman hiasan yang berpotensi dikomersialkan kepada umum.
Bromeliad merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tergolong dalam keluarga yang sama dengan nanas iaitu Bromeliaceae, mempunyai pelbagai varieti yang menarik selain mudah ditanam dengan penjagaan yang minima, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019
Pengunjung merakam kenangan semasa mengunjungi Floria Diraja Putrajaya pada hari terakhir panganjurannya tahun ini di Taman Botani pada Ahad. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemilihan Taman Botani beri nilai tambah kepada penganjuran RFP 2019 - Khalid
Pemilihan Taman Botani sebagai lokasi penganjuran baharu Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Royal Floria Putrajaya (RFP), memberi nilai tambah ketara kepada penganjurannya.