awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik agensi pekerjaan mengaku tidak bersalah gelap wang EPK RM30,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/02/2023
04:11 MYT
Pemilik agensi pekerjaan mengaku tidak bersalah gelap wang EPK RM30,000
Fauziah Mustafa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis di atas 48 pertuduhan gagal menyerahkan wang Elaun Persediaan Kerja (EPK) berjumlah RM30,000 antara 2021 hingga 2022 lalu. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Seorang pemilik sebuah agensi pekerjaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis di atas 48 pertuduhan gagal menyerahkan wang Elaun Persediaan Kerja (EPK) berjumlah RM30,000 antara 2021 hingga 2022 lalu.
Fauziah Mustafa, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa gagal menyerahkan harta daripada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) iaitu wang bantuan EPK berjumlah RM30,000 kepada pekerja-pekerja yang telah diambil bekerja melalui syarikat miliknya, FMZ Worldwide Ventures.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Klebang, Ipoh antara Januari 2021 sehingga Mei 2022.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.
Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM1,000 untuk setiap pertuduhan tetapi tertuduh memohon ia dikurangkan kepada RM5,000 keseluruhan kerana menanggung suami yang diserang ‘minor stroke’, ayah dan anak yang masih belajar.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 2 Mac hadapan sebagai tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#pemilik agensi pekerjaan
#gelap wang EPK
#Elaun Persediaan Kerja
#perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan