awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik bar dikompaun RM20,000 langgar SOP Fasa 4 PPN

Sinar Harian
Sinar Harian
27/11/2021
21:45 MYT
Pemilik bar dikompaun RM20,000 langgar SOP Fasa 4 PPN
Video tular memaparkan sekumpulan individu sedang berhibur di sebuah premis yang didapati melanggar SOP PPN Fasa 4. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik premis sebuah bar dikompaun sebanyak RM20,000 kerana disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya terkesan satu video tular berdurasi 14 saat berhubung kes itu yang dimaut naik oleh seorang pemilik akaun Twitter, pada Sabtu.
"Video itu memaparkan sekumpulan individu sedang berhibur di sebuah premis yang didapati melanggar SOP Fasa 4 PPN dengan tidak melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Noor Dellhan berkata, pihaknya menjalankan pengesanan ke atas pemilik premis tersebut sebaik sahaja video tersebut tular.
"Pemilik premis tersebut dikenal pasti dan telah dihubungi untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk rakaman percakapan.
"Sebaik sahaja rakaman percakapan selesai, pemilik premis itu dikompaun sebanyak RM20,000 mengikut Peraturan 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#langgar SOP
#Noor Dellhan Yahaya
#video tular
#pemilik bar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan