Walaupun segelintir peniaga cenderung menaikkan harga jualan dengan memberi alasan kenaikan harga bahan mentah, Zailani Ismail, tetap menjual makanan dan minuman di gerainya dengan harga RM1.
Dia tidak kisah dengan harga sedemikian di gerainya dinamakan Kedai Mak Aji Stesen Kampung Delima di Tumpat, kerana percaya rezeki Allah luas, malah bersyukur dengan kehadiran pengunjung yang tidak pernah putus.
Setelah gerainya yang menjual pelbagai hidangan sup seperti mi, kuetiau, makaroni dan bihun sup serta nasi air dengan RM1 semangkuk, tular di media sosial tahun lepas, dia tidak menang tangan melayan pelanggan.
"Berita saya ini tular setelah disiarkan sebuah akhbar dan televisyen tempatan dan selepas itu rezeki kedai mi 'seriya' (RM1) ini mendapat perhatian dan dikunjungi ramai... sejak itu juga rezeki saya menjual makanan dengan harga RM1 terus bertambah.
"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya pernah menggaji seramai 11 pekerja kerana menerima lebih 200 orang mengunjungi kedai saya setiap hari," katanya di sini pada Jumaat.
Zailani, 48, yang menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang itu juga tidak bercadang untuk menaikkan harga, walaupun perniagaannya semakin maju, malah akan membuka beberapa cawangan tidak lama lagi.
Selain makanan, Zailani juga menjual minuman segera dengan harga yang sama dan ketika dikunjungi, kedainya dipenuhi pelanggan terutama kanak-kanak dari sekitar kampung tersebut.
Selain itu, anak Zailani juga turut menjual makanan ringan seperti sosej bakar, juga pada harga RM1 secucuk.
Perniagaan yang menggunakan resipi tersendiri itu turut dibantu isteri, Noraizah Awang, 50, dan seorang anaknya, Siti Aminah, 20.
"Saya sanggup berkongsi rahsia kepada mereka yang berminat untuk mengubah hidup walaupun menjual makanan dengan harga murah kerana saya percaya rezeki Allah itu luas dengan cara bersedekah seperti ini," katanya.
Seorang pelanggan, Muhammad Aidiel Asyraaf Zabidi, 23, dari Perak berkata dia pada mulanya tidak percaya dengan harga makanan itu.
"Bila saya datang dengan kawan barulah saya percaya dan rasanya pun sedap. Saya berdoa agar rezeki pak cik ini bertambah kerana dia tidak kedekut kerana di kedai lain harganya mungkin RM5 semangkuk," katanya. -BERNAMA
Bernama
Fri Jun 19 2020
Zailani melayan pelaggan yang datang ke gerainya di Kampung Delima, Tumpat. -Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi.
Pelanggan cemas gerai medan selera terbakar
Difahamkan peniaga cuba memadamkan api itu namun tidak berjaya dan terpaksa menghubungi pasukan bomba.
342 penguat kuasa kesihatan pantau bazar Ramadan di Terengganu
Pemantauan dan pemeriksaan itu dilakukan secara berkala melibatkan lebih 50 lokasi bazar Ramadan.
Talian Jiwa: Berniaga dari rumah ke tapak pasar malam
Asiah Halim berkongsi cabaran kehidupan akibat terkesan pandemik COVID-19 di Talian Jiwa yang bersiaran di Astro Oasis.
Ribut melanda Kampung Sireh, gerai dan khemah peniaga rosak
Kejadian ribut berserta hujan lewat petang Sabtu memusnahkan sebuah gerai dan merosakkan dua buah lagi khemah peniaga di Kampung Sireh, Kota Bharu.
'Total lockdown': Gerai jualan hasil petani, penternak, nelayan dibenar beroperasi di Sabah
Kelonggaran itu ia bertujuan membolehkan golongan tersebut meraih pendapatan harian.
Lapan daerah di Sabah diisytihar kawasan wabak ASF - Jeffrey Kitingan
Beliau berkata setakat 18 Apri lepas, sejumlah 398 babi telah dilupuskan sementara 535 ekor lagi mati disebabkan ASF.
Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan
Tinjauan polis Kelantan di beberapa lokasi mendapati, ada pengunjung masih mengambil sikap sambil lewa arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP ditetapkan.
Peniaga bazar Ramadan terima ujian besar pada hari pertama
Keadaan ribut dan banjir kilat pada Selasa memberi ujian hebat pada 1 Ramadan kepada para peniaga bazar Ramadan.