KUALA LUMPUR: Pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut dan tidak membenarkan mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di ibu kota buat selama-lamanya.
Mohamad Rizal dan Shankar selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Nov lepas dengan menamakan DBKL, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan sebagai responden pertama hingga kelima.
Peguam M. Pravin, yang mewakili kedua-dua pemohon ketika dihubungi hari ini mengesahkan memfailkan permohonan itu dan memaklumkan 26 Jan ini ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh.
Pemilik berkenaan memohon deklarasi bahawa keputusan dibuat DBKL dan Datuk Bandar Kuala Lumpur itu untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut bertentangan dengan undang-undang selain memohon deklarasi keputusan oleh Jalaluddin dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk melarang mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya walaupun di bawah nama dan syarikat lain, adalah tidak berperlembagaan.
Selain itu, mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan yang dibuat itu atas alasan pemohon mempunyai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk berniaga dengan lesen sah di Kuala Lumpur.
Kedua-dua pemohon menerusi afidavit sokongan mereka berkata, pada 17 Ogos tahun lepas, Jalaluddin membuat kenyataan bahawa Jawatankuasa Perlesenan DBKL bermesyuarat dan memutuskan untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut berkuat kuasa 30 Julai tahun sama selain pemilik-pemilik kelab komedi itu disenaraihitamkan untuk mendaftar lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selamanya.
Dakwa mereka, keputusan dibuat oleh responden-responden menjejaskan kedudukan serta kepentingan pemohon-pemohon secara teruk sebagai pemilik-pemilik kelab komedi tersebut dan sebagai usahawan selain mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang notis atau surat rasmi daripada pihak DBKL berhubung keputusan berkenaan.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Hasniah Ab Razak menetapkan 20 Jan ini untuk keputusan representasi dikemukakan Mohamad Rizal bagi menggugurkan tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok dihadapinya.
Nor Hasniah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Christopher Enteri Mawan memaklumkan kepada mahkamah hari ini bahawa keputusan representasi itu, yang difailkan pada 12 Dis tahun lepas, masih belum diperoleh pihak pendakwaan.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan itu, Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil 'Rizal van Geyzel, Instagram 'rizalvangeyzel' dan TikTok 'rizalvangeyzel', antara 4 hingga 6 Julai 2022.
Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.
Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023
Mohamad Rizal dan Shankar selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Nov lepas. - Gambar fail
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang merancang pelan tindakan yang bertujuan merangsang kebebasan ekonomi golongan asnaf.
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
Representasi ketiga pemilik kelab komedi Crackhouse kaji tuduhan masih diteliti - Pendakwaan
AGC masih meneliti representasi ketiga oleh pemilik kelab komedi Crackhouse supaya tiga pertuduhan yang dihadapinya berhubung video yang menyentuh sensitiviti kaum dikaji semula.
Pemilik kelab komedi cabar keputusan DBKL batal lesen perniagaan
Mohamad Rizal dan Shankar selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Nov lepas.
Sudah cuba hubungi Rizal, Siti Amirah tapi belum ada respons - Nasrudin
Nasrudin berkata, kedua-dua pihak individu tersebut masih belum dapat dihubungi dan belum diketahui lagi mengenai status mereka.