awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik pasar mini berdepan tindakan kerana sorok dan enggan jual minyak masak paket, gula

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/12/2023
01:45 MYT
Pemilik pasar mini berdepan tindakan kerana sorok dan enggan jual minyak masak paket, gula
Seorang pegawai penguat kuasa KPDN Perak memeriksa minyak masak paket di sebuah pasar mini di Kampar yang diserbu selepas mendapat laporan daripada oarang awam.
KAMPAR: Peniaga sebuah pasar mini di sini berdepan tindakan selepas didapati menyorok minyak masak paket dan gula dalam operasi yang dijalankan, di sini, pagi semalam.
Pasar mini itu juga dikatakan enggan menjual barangan kawalan berkenaan kepada warga tempatan.
Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi kira-kira jam 10.15 pagi itu adalah hasil aduan awam bahawa sebuah pasar mini enggan menjual minyak masak paket dan gula kepada warga tempatan.
Menurutnya, kejayaan operasi itu adalah hasil tindakan melalui Op Samar oleh anggota Penguat Kuasa KPDN Perak yang melakukan uji beli di premis tersebut.
“Melalui uji beli yang dijalankan mendapati seorang pekerja pasaraya memaklumkan bahawa minyak masak paket satu kilogram (1kg) tiada di premis tersebut apabila diminta.
“Curiga dengan kenyataan pekerja tersebut, sepasukan anggota Penguat Kuasa beruniform telah melaksanakan pemeriksaan menyeluruh ke atas pasar mini tersebut dengan dihadiri oleh seorang wanita berumur 48 tahun yang disyaki pemilik premis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan telah menemui sejumlah minyak masak paket 1kg dan gula pasir kasar jenis 1kg yang disembunyikan di dalam premis berkenaan.
Katanya, pemilik premis gagal memberikan penjelasan mengapa barang kawalan tersebut tidak dijual apabila diminta.
Sehubungan itu, ujarya, tindakan sitaan telah dilakukan ke atas 90 unit minyak masak paket jenis 1kg dan 216 unit gula pasir kasar jenis 1kg, dengan nilai anggaran RM840.60.
Tambahnya, turut disita ialah salinan lesen runcit barang kawalan, lesen pendaftaran syarikat (SSM) dan lesen Majlis (PBT) serta dokumen urus niaga yang berkaitan.
Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 16A(1)(b) iaitu enggan menjual barang kawalan kecuali dengan kebenaran pengawal atau mana-mana pengawal bekalan yang diberi kuasa oleh pengawal secara bertulis.
Topic Berkaitan
#pemilik pasar mini
#sorok minyak masak
#sorok gula
#KPDN Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan