awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik premis dinasihat tidak guna pengimbas suhu 'cap ayam'

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2020
07:09 MYT
Pemilik premis dinasihat tidak guna pengimbas suhu 'cap ayam'
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya pelanggan berasa tidak puas hati dengan bacaan suhu di mana-mana premis, mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkaitan. - Gambar hiasan/Freepik
Pemilik premis dinasihatkan membeli pengimbas suhu yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan bacaan suhu pelanggan lebih tepat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya pelanggan berasa tidak puas hati dengan bacaan suhu di mana-mana premis, mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkaitan.
“Pengusaha atau pemilik premis mesti membeli pengimbas suhu yang diluluskan oleh KKM. Jadi, mereka tidak boleh beli sembarangan, elok beli di farmasi, bukan di pasar malam dan sebagainya. Itu sebab berlaku perkara ini (bacaan tidak begitu tepat).
“Kalau mereka dah beli, mereka perlu perhatikan dari segi ketepatan bacaan untuk periksa suhu. Kalau mereka nampak ada masalah, mereka perlu hantar pengimbas itu untuk dikalibrasi.
“Begitupun, KKM dan polis tidaklah akan memantau dan periksa pengimbas suhu di premis kerana bukan kepakaran polis untuk periksa ketepatan itu,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#Malaysia
#Media
#menteri
#pengimbas suhu
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan