KUALA LUMPUR: Pemilik restoran Tukdin Flavours of Malaysia, Zainuddin Yahaya yang mengusahakan perniagaan di London, United Kingdom (UK) dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.
Allahyarham yang mesra dipanggil Tuk Din menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun sekitar pukul 9.40 pagi waktu London.
BACA: Hari Migran Sedunia: Rendang jadi sumber inspirasi Tukdin majukan perniagaan di London
Berita sedih mengenai pemergian Allahyarham turut dikongsi oleh teman rapatnya, Zaharah Othman di laman Facebook.
"Ya Allah, ampunilah dosanya, tempatkanlah Tuk Din bersama yang soleh dan beriman.
"Ya Allah berilah ketenangan dan kesabaran kepada keluarga dan kawan-kawan yang sangat menyayanginya," tulis Zaharah dalam kemas kini tersebut hari ini.
Pada masa sama, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dalam hantaran di Facebooknya menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tuk Din.
"Bagi semua yang pernah menetap dan mengunjungi UK, nama Tuk Din sangatlah tidak asing kerana Tuk Din merupakan pengusaha restoran cita rasa Malaysia, TukDin Flavours of Malaysia berhampiran Paddington Station, London.
"Bagi pelajar-pelajar Malaysia, di restoran Tuk Din lah selalu dikunjungi apabila hendak melepaskan rindu masakan Malaysia.
"Pemergiannya tentu akan dirasai oleh warga Malaysia di UK," tulis Azuan.
Awal Mei lalu, Tukdin Flavours of Malaysia dalam kemas kini di laman Facebook memaklumkan Tuk Din dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana masalah kesihatan.
Sementara itu, Tukdin Flavours of Malaysia dalam hantaran di InstaStory pada Jumaat menjelaskan, doktor memaklumkan Tuk Din mempunyai peluang tipis untuk bertahan lebih lama.
Allahyarham mengusahakan Tukdin Flavours of Malaysia sejak lebih 13 tahun lalu di London, dengan hidangan Malaysia menjadi inspirasi utama restoran berkenaan.
Astro AWANI sedang mendapatkan perkembangan lanjut berhubung kematian Tuk Din.
Hasimi Muhamad
Sat May 20 2023
Tuk Din menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun sekitar pukul 9.40 pagi waktu London - Gambar Astro AWANI
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Pemilik restoran Tukdin Flavours of Malaysia meninggal dunia
Allahyarham yang mesra dipanggil Tuk Din menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun sekitar pukul 9.40 pagi waktu London.