awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik syarikat direman tiga hari cuba rasuah pegawai SSM

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2020
06:45 MYT
Pemilik syarikat direman tiga hari cuba rasuah pegawai SSM
Pemilik sebuah syarikat direman tiga hari oleh SPRM bagi membantu siasatan kes cubaan merasuah pegawai SSM. - Gambar SPRM
Seorang pemilik syarikat direman tiga hari bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Individu berkenaan direman bermula Sabtu kerana dipercayai bertanggungjawab menukar pemilikan saham syarikatnya kepada syarikat milik rakannya menggunakan dokumen palsu.
Difahamkan, pemindahan saham tersebut tidak didaftarkan oleh SSM dan turut melibatkan Setiausaha Syarikat.
Perintah reman sehingga 31 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi Sabtu.
Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 66 tahun tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pukul 3 petang Jumaat ketika hadir memberikan keterangan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya
#Mahkamah Majistret Putrajaya
#Putrajaya
#reman
#SPRM
#SSM
#Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan