awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik tadika didakwa dedahkan dua kanak-kanak kepada kecederaan, lemas

Bernama
Bernama
13/04/2022
06:30 MYT
Pemilik tadika didakwa dedahkan dua kanak-kanak kepada kecederaan, lemas
Khairuzilawati mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendedahkan dua kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya kepada kecederaan dan lemas, 7 Feb lepas. - Foto BERNAMA
MUAR: Seorang pemilik tadika swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendedahkan dua kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya kepada kecederaan dan lemas, Februari lepas.
Khairuzilawati Ruslan, 57, yang juga guru di tadika yang beroperasi sejak Oktober 2016 itu, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mendedahkan kanak-kanak berusia tiga tahun lapan bulan dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan muka.
Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa telah mendedahkan kanak-kanak berusia tiga tahun tujuh bulan dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mangsa lemas dengan menutup hidung dan mulutnya menggunakan kain mini telekung.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tadika Qurnia Genius beralamat No. 25, Tingkat 1, Jalan Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh di sini, antara 10.30 pagi dan 4 petang, 7 Feb.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar mencadangkan tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi setiap pertuduhan dan syarat tambahan iaitu tidak mendekati mangsa dan keluarganya.
Namun, peguam Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman ringan atas alasan tertuduh merupakan ibu tunggal lapan anak serta mempunyai penyakit berkaitan otak.
Irwan membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduan dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak menghampiri dan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru tadika
#Muar
#sebabkan kecederaan
#lemas
#mengaku tidak bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan