Kumpulan pemimpin progresif PAS yang bergelar Gerakan Harapan Baru (GHB) yang sepatutnya mengadakan kunjungan ke rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini, dipercayai membatalkan kunjungan tersebut.
Mereka yang dijadualkan tiba pada kira-kira jam 10 malam tadi, tidak kelihatan di kediaman bekas timbalan perdana menteri itu meskipun sudah jam 11.30 malam.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang merupakan Pengerusi GHB kemudiannya memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa mereka tidak dapat mengadakan kunjungan hormat seperti yang dirancang.
Usaha untuk menghubungi Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu juga gagal.
GHB merupakan sebuah platform politik baru yang disebut-sebut akan jadi parti serpihan kepada PAS.
Mohamad Sabu yang dihubungi oleh Astro AWANI awal tadi, mengesahkan beliau adalah antara yang akan ke rumah Muhyiddin.
Beliau merupakan pengerusi protem GHB yang akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.
Selain Mohamad, beberapa nama lain turut disebut antaranya bekas Naib Presiden UMNO yang kemudiannya menyertai PAS, Tan Sri Muhammad Mohd Taib.
Sementara itu, Muhyiddin dilaporkan menghadiri majlis jamuan hari raya Aidilfitri Yayasan TSM Charity Golf di ibu negara.
Kumpulan petugas media masih lagi berkumpul di perkarangan kediaman Muhyiddin bagi mendapatkan reaksi beliau berhubung video perbualannya ketika Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkunjung ke kediamannya.
Video perbualannya berhubung 1MDB itu kini tersebar luas di laman sosial.
Muhyiddin yang digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri pada Isnin menerima kunjungan ramai kenalan politik di kediamannya dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Astro Awani
Wed Jul 29 2015
Pemimpin GHB bakal mengunjungi rumah Muhyiddin. - Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Banjir: Pengendali PPS diingat jaga kualiti makanan, elak keracunan - Dzulkefly
KKM mengingatkan pengendali pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir supaya memastikan kualiti makanan terjaga bagi mengelakkan sebarang kes keracunan makanan akibat makanan tercemar.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.
Perbaharui lesen penjualan vape tidak akan diluluskan di Terengganu
Terengganu tidak mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape namun kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan memperbaharui lesen penjualan barangan tersebut di premis milik PBT.
Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).
KKM bakal tawar kontrak baharu pastikan bekalan ubat cukup terutama insulin manusia
Dzulkefly memberi jaminan bahawa Malaysia tidak pernah mengalami kekurangan insulin manusia walaupun semasa gangguan pada Ogos.
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Pembelian ubat meningkat 30 peratus dalam lapan tahun - Dzulkefly
Perbelanjaan bagi pembelian ubat-ubatan pada 2023 telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh lapan tahun.
Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.