awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM

Bernama
Bernama
18/11/2024
07:20 MYT
Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Dr Dzulkefly (foto) berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada kes baharu cacar monyet atau monkeypox (Mpox) yang dikesan setakat hari ini selepas kes terakhir dilaporkan pada 16 Sept lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Ringkasan AI
  • Tiada kes baharu cacar monyet (Mpox) dikesan sejak kes terakhir pada 16 September, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
  • Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara untuk mengawal penyebaran virus.
  • Sejak 26 Julai 2023, terdapat 10 kes cacar monyet yang dilaporkan, dengan varian clade II yang mempunyai kadar kematian lebih rendah berbanding clade I.

Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.
"Setakat ini yang kita tahu, tiada kes baharu dan kes sikit dahulu hanya satu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Perkhidmatan Transplan Sel Stem/Sumsum Tulang KKM di Hospital Ampang, di sini hari ini.
Pada 16 Sept lepas, KKM mengesahkan satu kes positif cacar monyet dalam varian clade II dikesan, menjadikan semua 10 kes sejak 26 Julai 2023.
Virus Mpox clade I dikategorikan sebagai mudah berjangkit dan mempunyai kadar kematian 10 peratus, manakala clade II mempunyai kadar kematian lebih rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dzulkefly Ahmad
#mpox
#KKM
#kes positif
#cacar monyet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan