awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
23/11/2024
00:15 MYT
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berucap pada majlis Perasmian Kongres Tahunan Ke-32 Persatuan Torasik dan Pakar Bedah Kardiovaskular Asia (ATCSA) di Kuala Lumpur, 22 Nov 2024. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pembedahan kardiotorasik kekal sebagai komponen utama dan fokus penjagaan bagi pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata melatih lebih ramai pakar bedah kardiotorasik ialah keutamaan untuk mencapai objektif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat, terutamanya ketika penyakit tidak berjangkit (NCD) terus meningkat di negara ini.
Di samping itu, Dr Dzulkefly berkata pejabat antarabangsa pertama Royal College of Surgeons of Edinburgh's (RCSEd) di Malaysia yang beropersi di kampus baharu Akademi Perubatan Malaysia di Putrajaya akan menjadi batu loncatan kepada lebih banyak kerjasama menyeluruh pada peringkat ASEAN.
"Program latihan pembedahan kardiotorasik Parallel Pathway di KKM, yang dijamin kualitinya oleh RCSEd terus menjadi tulang belakang latihan pada masa ini. Kementerian juga memperkukuh semua program latihan kardiotorasik termasuk program sarjana di universiti tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Kongres Tahunan ke-32 Persatuan Torasik dan Pakar Bedah Kardiovaskular Asia (ATCSA) bersempena dengan Mesyuarat Saintifik Tahunan ke-24 Persatuan Pembedahan Torasik dan Kardiovaskular Malaysia (MATCVS) di sini pada Jumaat.
Dr Dzulkefly berkata tiga kategori utama NCD, iaitu penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser menyebabkan kerugian produktiviti ekonomi Malaysia yang dianggarkan sebanyak RM12.88 bilion.
"Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, sejumlah 33.3 peratus atau satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai kolesterol tinggi, 29.2 peratus atau satu dalam tiga dewasa mendapat tekanan darah tinggi dan 15.6 peratus atau satu daripada enam dewasa menghidap diabetes manakala 54.4 peratus atau satu daripada dua dewasa memiliki berat badan berlebihan atau obes.
"Pada 2022, sebanyak 95,266 kematian direkodkan dalam kalangan dewasa berusia antara 30 hingga 69 tahun, di bawah purata jangka hayat penduduk negara kira-kira 75 tahun. Hampir suku daripada kematian ini disebabkan oleh NCD," katanya.
Dr Dzulkefly turut menggariskan rancangan KKM untuk menambah baik tujuh pusat kardiotorasik serantau di bawah KKM di seluruh negara pada masa depan.
Pusat itu di Hospital Pulau Pinang, Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kelantan), Hospital Tengku Ampuan Afzan (Pahang), Pusat Jantung Serdang (Selangor), Hospital Sultanah Aminah (Johor), Pusat Jantung Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth II (Sabah).
"Selain itu, kami telah mengesahkan rancangan untuk membuka pusat pembedahan kardiotorasik pediatrik di Hospital Seberang Jaya, pembinaan blok pembedahan baharu dengan perkhidmatan kardiotorasik yang dinaik taraf di Hospital Pulau Pinang dan pusat kardiotorasik baharu di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Royal College of Surgeons of Edinburgh's
#pembedahan kardiotorasik
#Dzulkefly Ahmad
#penyakit kardiovaskular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan