awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
Jabatan Kesihatan Kelantan perkasa program gaya hidup sihat sepanjang 2026
Lebih 20,000 rumah dibaik pulih sejak Projek Khas Perumahan Nelayan diperkenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin kanan parti politik direman kes rasuah tambakan laut di Melaka

Bernama
Bernama
15/04/2025
08:54 MYT
Pemimpin kanan parti politik direman kes rasuah tambakan laut di Melaka
Menurut sumber, suspek disiasat kerana disyaki meminta suapan terhadap projek tambakan laut bernilai RM44 juta di Kota Laksamana, di sini sejak lima tahun lepas. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Seri yang juga pemimpin kanan sebuah parti politik direman enam hari bermula pada hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berkaitan kerja-kerja tambakan laut antara 2021 hingga 2023.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman mengeluarkan perintah reman hingga 20 April terhadap lelaki berusia 61 tahun itu selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, suspek disiasat kerana disyaki meminta suapan terhadap projek tambakan laut bernilai RM44 juta di Kota Laksamana, di sini sejak lima tahun lepas.
Suspek dipercayai menerima suapan dalam bentuk harta, iaitu empat kereta mewah.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu di pejabat SPRM Melaka pada 4.55 petang semalam.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pemimpin parti politik
#Rasuah
#tambak laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan