awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemohon diminta lengkapkan UPUOnline sebelum 31 Mac

Bernama
Bernama
26/03/2021
11:33 MYT
Pemohon diminta lengkapkan UPUOnline sebelum 31 Mac
Pelajar perlu melengkapkan dan menghantar borang permohonan UPUOnline sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 5 petang 31 Mac ini.
KUALA LUMPUR: Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 perlu melengkapkan dan menghantar borang permohonan UPUOnline sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 5 petang 31 Mac ini.
Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi Wahi Nordin berkata setakat 9 pagi ini sebanyak 180,445 permohonan UPUOnline diterima dan mereka yang berminat boleh membuat permohonan menerusi https://upu.mohe.gov.my.
"Calon tidak perlu risau apa juga keputusan (peperiksaan) mereka nanti. Buat permohonan sekarang kerana apabila keputusan keluar UPUOnline akan berikan ruang untuk kemas kini.
"Contohya, jika sekarang calon memohon program komunikasi dan apabila mendapat keputusan, calon gagal memenuhi syarat, calon boleh membuat pengemaskinian selepas keputusan peperiksaan sebenar diketahui," katanya ketika dihubungi oleh program Malaysia Petang Ini yang disiarkan BernamaTV.
Wahi berkata permohonan UPUOnline tahun ini berbeza berbanding sebelumnya untuk memudahkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); Asasi; Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); matrikulasi; dan diploma atau setaraf yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.
Beliau berkata meskipun tanpa keputusan peperiksaan sebenar, maklumat awal diperoleh daripada permohonan UPUOnline itu akan memudahkan pihaknya membuat penyelarasan untuk program yang memerlukan temu duga.
"Masa agak singkat selepas keputusan keluar untuk aturkan temu duga. Jadi kita perlukan data. Daripada data itu, universiti akan melalui proses penilaian atau menyenarai pendek bagi proses temu duga," katanya.
Selain itu, Wahi berkata keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menanggung sepenuhnya bayaran bagi proses permohonan UPUOnline itu yang diumumkan sebelum ini untuk mengurangkan beban pelajar, harus dimanfaatkan sepenuhnya.
Bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan nombor unik ID Bank Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UPUOnline
#ipta
#pelajar
#pemohon
#ILKA
#COVID-19
#Institusi Pendidikan Tinggi Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan