KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan pempengaruh untuk mengawal secara kendiri dan berhati-hati apabila mengendalikan podcast atau memuat naik kandungan di media sosial supaya tidak memberikan kesan kepada masyarakat.
Beliau berkata kerajaan juga akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
"Waktu ini kita belum lagi melihat ada keperluan (untuk tindakan). Saya setuju dengan saudara Khairy Jamaluddin, kepada pempengaruh perlu faham apa kuasa pengaruh kita.
"Kita harap industri dapat kawal secara kendiri tetapi sekiranya keadaan bertambah serius kita perlu meneliti tindakan yang perlu diambil," katanya selepas melancarkan Youth Empowerment Fair (YEF2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Fahmi mengulas mengenai tindakan segelintir pempengaruh yang membuat kandungan kurang membina sehingga boleh menjejaskan masyarakat.
Sebelum ini penyampai radio Hot FM yang juga bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan pengendali podcast untuk peka isu sensitif dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai topik yang ingin dibincangkan.
Fahmi turut meminta ibu bapa untuk memantau kandungan media sosial yang diperoleh oleh anak-anak agar tidak terpengaruh.
"Di kawasan saya Lembah Pantai, saya minta guru-guru besar, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) untuk menyampaikan kepada ibu bapa dan kanak-kanak sekolah rendah untuk berhati-hati dengan apa yang mereka peroleh daripada media sosial termasuk podcast dan platform TikTok supaya tidak terpengaruh.
"Insya-Allah, kita akan selaraskan beberapa tindakan kerjasama yang boleh diusahakan sekali dengan Kementerian Pendidikan," katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata beliau akan mengadakan mesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Digital Gobind Singh Deo berkaitan pelaksanaan jawatankuasa teknikal melibatkan isu keselamatan dalam talian, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut Fahmi keselamatan kanak-kanak menjadi keutamaan kerajaan dengan satu daripada fokus adalah untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang sedia ada menerusi media sosial.
"Insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan selaraskan dengan beberapa kementerian untuk melihat dari segi perundangan apa yang perlu dipinda atau diwujudkan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil sekarang," katanya.
Pada masa sama, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok selepas perayaan Tahun Baharu Cina, serta beberapa pengendali media sosial lain untuk membincangkan isu keselamatan kanak-kanak dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2024
Fahmi berkata, kerajaan juga akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina. - Gambar fail
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
'Langkah kerajaan laksana subsidi bersasar, skim baharu gaji penjawat awam berdasarkan prinsip'
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Wujud portal bantu rakyat lawan scam, tangkis fitnah - Fahmi
Sebuah portal yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan, untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah serta melawan penipuan atau scam.