awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin

Bernama
Bernama
25/04/2024
06:16 MYT
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Fahmi berkata beliau berasa terkesan dengan UM kerana menjemput seorang ahli akademik warga asing yang cenderung kepada rejim Zionis. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap Universiti Malaya (UM) kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat, terutamanya berkaitan perjuangan Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata beliau berasa terkesan dengan UM kerana menjemput seorang ahli akademik warga asing yang cenderung kepada rejim Zionis.
"Seorang profesor telah hadir, beri komen yang jelik dan apabila diteliti latar belakang akademiknya, dia adalah pro kepada rejim Zionis.. saya kesal dengan jemputan ini," katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Ketika ditemui pemberita Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata perkara itu sepatutnya tidak berlaku di UM kerana universiti itu merupakan sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang merupakan tempat pengajian ramai pemimpin tertinggi negara.
"UM juga adalah IPT yang berada dalam kawasan Parlimen (Lembah Pantai) dan sebagai Ahli Parlimen kawasan ini, saya timbulkan rasa kesal. Insiden sebegini seharusnya tidak berlaku kerana UM merupakan alma mater ataupun tempat pengajian perdana menteri, beberapa mantan perdana menteri, mantan speaker, peguam negara, ketua hakim negara..
"Kita tahu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah bersuara cukup lantang tentang isu Palestin ini," kata Fahmi.
Media sebelum ini melaporkan UM menerima banyak kecaman kerana membenarkan seorang profesor sains politik Bruce Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Semalam Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengarahkan UM membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah warga asing terbabit, dan pihak universiti juga diminta menyiasat perkara itu serta melaporkan segera butiran lanjut mengenainya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penceramah pro Zionis
#Fahmi Fadzil
#Palestin
#universiti malaya
#bruce gilley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan