awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda hilang di Bukit Apek, Cheras dijumpai mati

Bernama
Bernama
21/09/2020
21:36 MYT
Pemuda hilang di Bukit Apek, Cheras dijumpai mati
Pasukan bomba dan polis bertindak membuat pencarian di sekitar Bukit Apek dan menubuhkan sebuah bilik gerakan operasi di Bukit Hartamas. --fotoBERNAMA
Seorang pemuda yang hilang sejak pagi semalam ketika beriadah di kawasan Bukit Apek, Cheras ditemukan mati pada 7.15 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa yang dikenali sebagai Anup Philip Philipose, 21, ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat permulaan kawasan riadah itu dalam keadaan tertiarap selepas dipercayai terjatuh dan kakinya tersangkut di celah batu.
"Mayat mangsa telah berjaya dibawa turun dari bukit berkenaan pada jam 8.30 malam dan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM) untuk bedah siasat bagi mencari punca kematian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Langat Zafiruddin Mohd Nasir berkata pihak bomba telah dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa oleh polis pada 3.45 petang semalam dan telah bergegas ke tempat kejadian.
Zafiruddin berkata pasukan bomba dan polis bertindak membuat pencarian di sekitar Bukit Apek dan menubuhkan sebuah bilik gerakan operasi di Bukit Hartamas yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anup Philip Philipose
#bomba
#Bukit Apek
#Cheras
#hilang
#Hulu Langat
#Kajang
#mati
#mayat
#Mohd Zaid Hassan
#pemuda
#polis
#riadah
#Zafiruddin Mohd Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan