awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda lemas dihanyut arus deras ketika berkelah

Bernama
Bernama
26/07/2020
15:38 MYT
Pemuda lemas dihanyut arus deras ketika berkelah
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 16 pegawai dan anggota polis serta bomba selain dibantu tujuh orang awam.
Kegembiraan 10 rakan berkelah di Sungai Jin, Sungai Lembing di sini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas akibat dihanyutkan arus deras pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata Ahmad Hasrul Hisyam Ahmad Fauzi, 33, dari Sungai Isap, dipercayai lemas sekitar 3 petang kira-kira dua jam selepas dia bersama rakannya tiba di lokasi kejadian.
"Mangsa dipercayai telah berenang ke kawasan lubuk yang agak dalam sebelum dihanyutkan arus. Saksi kejadian mendakwa melihat mangsa tenggelam timbul beberapa kali sebelum hilang.
"Rakan mangsa difahamkan cuba membantu namun gagal menyebabkan mereka terus menghubungi pihak berkuasa," menurutnya dalam kenyataan media pada Ahad.
Beliau berkata mayat mangsa dijumpai pada 6.48 petang dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 16 pegawai dan anggota polis serta bomba selain dibantu tujuh orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#arus
#bomba
#deras
#hilang
#Hospital
#Kuantan
#lemas
#mangsa
#mayat
#Media
#operasi
#pemuda
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan