awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda maut dilanggar kereta api ETS di laluan Kodiang-Anak Bukit

Bernama
Bernama
15/05/2016
13:35 MYT
Pemuda maut dilanggar kereta api ETS di laluan Kodiang-Anak Bukit
Seorang pemuda maut digilis keretapi ETS di Kilometer 114.25, Kodiang-Anak Bukit. -Gambar hiasan
Seorang pemuda maut apabila digilis kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Kilometer 114.25, Kodiang-Anak Bukit berhampiran Kampung Megat Dewa, Jitra petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata dalam kejadian 4.34 petang itu, Mohd Afendy Yaziz, 20, dikatakan melompat pagar landasan kereta api untuk ke kedai runcit di seberang landasan itu.
"Keretapi ETS berhenti sekejap kemudian bergerak kerana mempunyai penumpang lain. (Ketika itu) mangsa dipercayai memanjat pagar untuk ke kedai di seberang landasan.
"Akibatnya dia digilis kereta api. Mayat mangsa berkecai hampir satu kilometer dan cebisan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kes itu diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat KTMB Siti Badariah Wan Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau berkata kereta api berkenaan adalah dalam perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral.
"Tren dari Padang Besar ke KL Sentral telah melanggar seorang penceroboh lelaki di laluan antara Kodiang-Anak Bukit pada 4.34 petang tadi.
"Kejadian menyebabkan tren tergendala 30 minit," katanya.
Topic Berkaitan
#Abd Rahim Abdullah
#digilis kereta api
#ETS
#melompat pagar landasan
#Mohd Afendy Yaziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan