awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda maut, motosikal rempuh belakang lori

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
31/03/2021
04:12 MYT
Pemuda maut, motosikal rempuh belakang lori
Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di kepala. - Gambar PDRM
SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kilometer 10, Jalan Sungai Petani- Kuala Ketil, pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar pukul pukul 8.15 pagi itu, mangsa, Mohd Syukur Azizan, 30, difahamkan dalam perjalanan dari Kampung Baru, Sik untuk ke tempat kerja di Kawasan Industri Taman Ria Jaya, Sungai Petani.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, ketika kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 tidak sempat mengelak sebuah lori yang berhenti di tepi jalan sebelum merempuh bahagian belakang kenderaan itu.
Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di kepala menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu dan kelindan lori berkenaan pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi proses bedah siasat.
Tambah Adzli, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
Topic Berkaitan
#pemuda maut
#motosikal rempuh belakang lori
#pekerja kilang
#mangsa tercampak
#kecederaan parah
#Hospital Sultan Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan