awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda PAS lancar misi bantuan banjir

Haider Yutim
Haider Yutim
19/12/2014
04:24 MYT
Pemuda PAS lancar misi bantuan banjir
Suhaizan berkata misi bantuan tersebut adalah penting sebagai salah satu dari tanggungjawab sosial parti itu.
Pemuda PAS melalui Unit Amal akan melancarkan misi bantuan banjir di kawasan-kawasan yang teruk dilanda bencana tersebut ketika ini.
Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, misi itu akan melibatkan seluruh anggota pemuda dari seluruh negara.
Katanya misi bantuan tersebut adalah penting sebagai salah satu dari tanggungjawab sosial parti itu sebagai gerakan islah di Malaysia.
"Mudah-mudahan dengan bantuan yang digerakkan oleh Pemuda PAS dapat membantu kerja-kerja menyelamat yang sedang dilakukan oleh agensi-agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Suhaizan turut merakamkan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir tersebut.
"Sememangnya kedatangan bencana berskala besar seperti ini sama sekali tidak dijangka dan kesannya jauh lebih buruk daripada apa yang kita jangkakan," katanya.
Terbaru, berikutan kejadian banjir gelombang kedua ini, ketiga-tiga negeri di pantai timur Semenanjung mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan pagi ini dengan jumlah terbesar dicatatkan di Kelantan, daripada 8,505 orang malam tadi kepada 15,624 orang.
Semalam pula, seorang pemuda penghidap penyakit sawan menjadi korban pertama banjir di Kelantan.
Manakala seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan dikhuatiri mati lemas dalam dua kejadian berasingan di Kampung Pertang, Kuala Krai dan Kampung Lepa Limbat di Kota Bharu.
Topic Berkaitan
#banjir
#bantuan
#mangsa
#misi
#Pemuda Pas
#Suhaizan Kaiat
#Unit Amal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan