MALAYSIA
Pemuda UMNO ambil pendekatan sesuai dalam menyokong cadangan hudud
Pergerakan Pemuda UMNO bakal mengambil beberapa pendekatan sesuai sebagai menyokong cadangan pelaksanaan undang-undang Hudud di negara ini.
Ia termasuk forum mengenai hukum berkenaan yang akan dianjurkan dalam dua minggu lagi.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau sendiri akan menjemput beberapa tokoh agama untuk memberi pandangan bagi mencari kaedah terbaik.
Menurutnya, ia turut membabitkan pakar undang-undang syariah dan juga undang-undang perlembagaan supaya kita dapat pandangan yang lebih jelas dari sudut perlaksanaan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jom Orang Muda peringkat daerah Besut di Stadium Mini Kampung Raja, Besut, petang Jumaat.
Melalui forum itu, pelbagai pihak akan mendapat penjelasan yang lebih terperinci mengenai pelaksanaan undang-undang Hudud.
Ia akan dibentangkan oleh pakar-pakar dalam undang-undangan syariah dan perundangan di negara ini.
Khairy yang juga Menteri Belia Dan Sukan berkata, pihaknya akan mengadakan sesi perbincangan tertutup kepada sayap pemuda parti BN bagi memberi kefahaman mengenai isu terbabit.
Dalam perkembangan lain, beliau kesal dengan tindakan peserta perhimpunan menentang GST di ibu negara yang bertindak kasar terhadap wartawan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami