Pemuda UMNO Kedah tidak sama sekali hairan atau terkejut di atas tindakan 500 ahli Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Baling yang bertindak mengumumkan untuk keluar daripada parti.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia petanda awal bahawa krisis dalaman parti PPBM sekarang menjadi bertambah parah dan menuju ke arah kehancuran.
"Masalah dalaman PPBM ini dilihat bermula apabila pucuk pimpinan parti PPBM enggan mengiktiraf Anina Saadudin sebagai Ketua Srikandi dan hingga saat ini, PPBM masih gagal menubuhkan sayap srikandinya secara sah.
"Kita juga melihat punca 'pemberontakan' dalaman ini juga berpunca daripada kewujudan beberapa kem kepimpinan di dalam PPBM. Secara amnya kita dapat simpulkan bahawa pimpinan PPBM yang sedia ada belum mampu menunjukkan nilai kepimpinan yang tinggi apabila berhadapan dengan sesuatu kemelut dan krisis," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Untuk apa sokong pakatan pembangkang? - Syed Ali
BACA: PPBM bakal hantar permohonan rasmi gabung dengan Pakatan Harapan - Dr Mahathir
Pada Khamis, Bekas Pengerusi PPBM Baling, Ali Ahmad mendakwa kira-kira 500 daripada 800 ahli PPBM kawasan tersebut akan keluar parti itu tidak lama lagi.
Ia susulan rasa tidak puas hati 13 ahli PPBM berkenaan berhubung pelantikan jawatankuasa baharu PPBM kawasan itu pada Februari lepas.
Terdahulu, beberapa ahli kawasan itu mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.
Dalam pada itu tegas Shaiful, tindakan pimpinan PPBM yang dilihat melantik 'orang luar' untuk memimpin sesebuah kawasan juga boleh disimpulkan bahawa mereka sudah ketandusan barisan kepimpinan.
"Jadi mereka terpaksa melantik pemimpin yang 'tangkap muat'. Keghairahan pimpinan PPBM yang ingin sentiasa mengetengahkan 'nama-nama besar' ternyata memakan diri apabila nama besar tersebut tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan yang cukup untuk memimpin sesebuah pertubuhan politik.
"Kita juga yakin pimpinan PPBM juga sudah mempunyai 'skrip standard bagi memperjelaskan krisis ini. Sudah tentunya tuduhan dan tohmahan akan dilemparkan kepada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang membeli ataupun menjamu 'dedak' bagi mempengaruhi ahli-ahli PPBM meninggalkan parti mereka," jelasnya.
Shaiful turut menasihati pimpinan PPBM untuk bermuhasabah dan menilai kebolehan diri mereka sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
"Hakikatnya, krisis terbaru PPBM ini adalah gambaran awal kerajaan yang bakal dibentuk sekiranya mereka menang dalam pilihan raya. Kita ingin mengingatkan kepada rakyat bahawa pilihanraya bukanlah satu 'ujian' ataupun 'eksperimen'.
"Mereka harus ingat ia lebih kepada pemilihan sebuah kerajaan yang mampu memerintah dan stabil, bukannya kerajaan yang berasaskan dendam serta tidak berupaya mengendalikan krisis dalamannya sendiri," katanya.
Astro Awani
Fri Mar 17 2017
SHAIFUL: Pemuda UMNO Kedah tidak sama sekali hairan atau terkejut di atas tindakan 500 ahli PPBM Baling yang bertindak keluar parti. - Gambar fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.