Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta seluruh tenaga Pemuda Umno di negara ini sama-sama turun padang untuk membantu mengawal kenaikan harga barang.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kenaikan harga barang bukan berpunca daripada kenaikan harga minyak sebagaimana dakwaan pembangkang tetapi juga pelbagai sebab lain termasuk faktor cuaca menyebabkan bekalan berkurangan dan juga sikap pemborong yang mahu mengaut untung berlebihan.
"Justeru setiap anggota pemuda perlu mendekati rakyat dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku agar masyarakat tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang," kata beliau.
Khairy menyatakan demikian semasa berucap di hadapan pemimpin Pergerakan Pemuda Umno cawangan seluruh Perlis di Dewan Sivik Arau dekat sini Isnin malam.
Sebelum itu beliau bersama kepimpinan Pemuda Umno Perlis melawat pasar malam Jejawi dekat sini dan meninjau kedudukan harga barangan yang dijual di situ.
Khairy berharap anggota-anggota pergerakan itu melalui Skuad Pengguna Pemuda lebih kerap turun mendekati rakyat dalam menghadapi isu kenaikan harga barang agar Umno dan kerajaan tidak terus dipersalahkan.
Mengenai perjuangan Pemuda Umno, beliau meminta setiap anggota menyiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang mungkin akan lebih mencabar berbanding PRU13 kerana pembangkang akan bekerja lebih keras menarik pengundi luar bandar.
Sebelum itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Perlis mahu semua pihak memahami konsep parti menguasai kerajaan, bukan sebaliknya.
Turut hadir Ketua Pemuda Umno Negeri Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar.
Bernama
Tue Jan 28 2014
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tahun Baru Cina: 11 barangan disenarai bawah skim harga maksimum
Pelaksanaan skim selama sembilan hari itu melibatkan 11 jenis barangan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.
PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan
Bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan, penduduk disaran menghubungi PKOB di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan.
Lori bawa produk Apple dirompak, kerugian dianggar RM27 juta
Treler terbabit akhirnya ditemui di Lutterworth, Leicestershire, di mana 48 palet produk Apple dipercayai telah dimuat naik ke dalam satu lagi kenderaan lain.
Bekas pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu lebih RM100,000
Tertuduh Meriam Mamat, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sejurus pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
KPDNHEP kawal harga 11 barangan sempena musim perayaan
KPDNHEP dalam kenyataan memaklumkan, 11 barang tersebut termasuk ayam, daging lembu, daging kerbau, telur, daging babi dan kelapa.
Pengguna mungkin tangguh beli barangan bukan keperluan utama - IDEAS
Malaysia mungkin menyaksikan trend normal baharu di mana pengguna menolak atau menangguhkan pembelian barangan mewah atau tidak perlu.
COVID-19: 'Jangan panik, barangan mencukupi' - Ameer Ali Mydin
Barangan keperluan harian masih mencukupi dan rakyat tidak perlu panik susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan.
Harga mahal bukan jaminan kualiti, mutu sesuatu produk - Kaji selidik
Harga yang mahal tidak memberi jaminan bahawa sesebuah produk itu lebih berkualiti serta lebih bermutu.
Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna
Peniaga dan penyedia perkhidmatan seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.