awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan bekalan air di tiga wilayah di Lembah Klang capai 70 peratus

Bernama
Bernama
21/12/2021
15:46 MYT
Pemulihan bekalan air di tiga wilayah di Lembah Klang capai 70 peratus
Henti tugas di kesemua LRA berkenaan disebabkan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada Ahad lepas. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Status pemulihan bekalan air di beberapa kawasan melibatkan Wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang terjejas berikutan henti tugas empat loji rawatan air (LRA) telah mencapai tahap 70 peratus secara keseluruhan setakat 6 petang ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan pecahan peratusan pemulihan bekalan air itu telah mencapai 100 peratus di Wilayah Petaling, Hulu Langat (78.5 peratus) dan Kuala Lumpur (55.4 peratus).
Air Selangor turut memaklumkan bekalan air telah pulih meliputi 186 kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Lumpur (118) dan Petaling (tiga) selepas LRA Sungai Langat dan LRA Langat 2 beroperasi sepenuhnya, setakat 6 petang ini.
"Bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terjejas akibat henti tugas loji ini dijangka pulih sepenuhnya pada 11 malam, esok," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan di LRA Cheras Batu 11 dan jangkaan ia beroperasi sepenuhnya akan diumumkan kelak.
"Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," menurut kenyataan itu.
Henti tugas di kesemua LRA berkenaan disebabkan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada Ahad lepas.
Pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor menerusi talian 15300, manakala pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre dengan melayari www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Lembah Klang
#bekalan air
#Air Selangor
#pemulihan bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan