KOTA BHARU: Pemulihan ekonomi negara semakin meningkat berikutan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan mula menunjukkan hasil dan permintaan luar negara yang semakin kukuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata pakej-pakej rangsangan ekonomi iaitu PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin, Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan Belanjawan 2021 memberikan impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Beberapa petunjuk ekonomi utama mencatat pencapaian yang lebih kukuh seperti Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara melonjak 9.3 peratus pada Mac 2021, pertumbuhan yang paling tinggi sejak Julai 2013. Pencapaian ini dipacu oleh indeks pembuatan dan elektrik, masing-masing meningkat sebanyak 12.7 peratus dan 10.3 peratus.
"Selain itu, nilai jualan sektor pembuatan meningkat sebanyak 15.3 peratus pada Mac 2021, iaitu tertinggi dalam 44 bulan, disokong oleh jualan produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain, produk elektrik dan elektronik serta produk makanan, minuman dan tembakau," katanya dalam kenyataan, di sini semalam.
Mustapa berkata setelah mencatat penguncupan bagi lima bulan berturut-turut sejak Oktober 2020, nilai jualan perdagangan borong dan runcit mencatat pertumbuhan sebanyak 9.3 peratus pada Mac 2021.
"Nilai jualan kenderaan bermotor melonjak 40.7 peratus dan perdagangan runcit meningkat 10.5 peratus. Ini antaranya disokong oleh pengeluaran i-Sinar, i-lestari dan peningkatan harga komoditi yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan bolehguna rakyat," katanya.
Beliau berkata selain itu eksport melonjak 31.0 peratus kepada RM104.9 bilion pada Mac 2021.
"Ini adalah pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 44 bulan. Import pula meningkat 19.2 peratus kepada RM80.8 bilion.
"Lebihan dagangan mencatat RM24.2 bilion atau 96.1 peratus lebih tinggi berbanding Mac 2020. Ini adalah lebihan dagangan bagi bulan ke-11 berturut-turut sejak Mei 2020," katanya.
Menurutnya Indeks Pengurus Pembelian (PMI), iaitu petunjuk keadaan sektor pembuatan meningkat kepada 53.9 pada April 2021, iaitu peningkatan yang paling tinggi sejak Julai 2012.
"Ini menunjukkan pencapaian sektor pembuatan yang kukuh. Bagaimanapun, Indeks perkhidmatan yang mewakili pencapaian sektor perkhidmatan secara keseluruhan, menguncup sebanyak 3.6 peratus pada suku tahun pertama 2021.
"Namun, pencapaian ini adalah lebih baik berbanding dengan penguncupan 7.1 peratus yang dicatatkan pada suku tahun keempat 2020," katanya.
Mustapa berkata pencapaian ekonomi yang terkini memberangsangkan dan menunjukkan usaha yang telah diambil kerajaan untuk memulihkan ekonomi mulai berhasil.
"Kerajaan yakin sasaran pertumbuhan ekonomi di antara 6 peratus dan 7.5 peratus pada tahun ini akan dicapai walaupun terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa daerah baru-baru ini bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021
Mustapa berkata setelah mencatat penguncupan bagi lima bulan berturut-turut sejak Oktober 2020, nilai jualan perdagangan borong dan runcit mencatat pertumbuhan sebanyak 9.3 peratus pada Mac 2021. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.