Proses pemulihan dari situasi yang dipanggil isu reputasi pasaran dalam insiden kehilangan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia ini dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan.
Ketua Eksekutif Penerbangan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata kejadian yang berlaku ini telah menjejaskan situasi dan reputasi syarikat penerbangan berkenaan namun masih banyak urusan yang penting perlu dilakukan dalam memastikan krisis kehilangan pesawat tersebut berjaya menemui titik noktahnya.
“Kejadian yang berlaku ini sememangnya menjejaskan reputasi syarikat penerbangan ini namun sehingga kini siasatan masih lagi dijalankan dan banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan terutamanya dalam situasi ini segalanya perlu diatur semula dan jika dilihat berdasarkan kepada pengalaman syarikat penerbangan dari negara lain, ianya memerlukan sehingga enam bulan untuk mereka kembali pulih semula daripada satu situasi yang dipanggil ‘market reputation issue’,” kata Ahmad Jauhari dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Ahmad Jauhari menegaskan bahawa MAS sedang sedaya upaya untuk memulihkan semula keadaan syarikat itu secepat mungkin.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata Malaysia menghargai dengan kerjasama bantuan kepakaran yang ditawarkan oleh pihak Singapura.
“Dalam sidang bilateral antara Perdana Menteri Singapura dan Malaysia pagi ini, terdapat tawaran kerjasama kepakaran dari Singapura dalam membantu untuk mencari pesawat MH370 itu dan tawaran kepakaran ini adalah berdasarkan pengalaman mereka dalam mengendalikan proses pencarian dan siasatan keatas nahas Pesawat MI185 Silk Air milik negara itu pada 1997,” katanya.
Tambah Hishamuddin lagi, selaras dengan itu juga diharapkan akan ramai pihak tampil dalam membantu menyelesaikan krisis ini.
“Kita juga bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong untuk melihat kaedah yang dilakukan oleh mereka ketika berdepan dengan insiden nahas pesawat Silk Air dan mereka tiada halangan untuk membantu terutamanya dalam mencari p[esawat tersebut,”.
Aizat Sharif
Mon Apr 07 2014
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Khazanah tinjau calon berpotensi sebagai CEO baharu MAS - Azman Mokhtar
Khazanah Nasional Bhd kini meninjau calon-calon berpotensi dari industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi CEO baharu MAS.
MH370: Masih tiada serpihan, pencarian kotak hitam diperhebat
Sekurang-kurangnya 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal digerakkan hari ini bagi meneruskan usaha pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
MH370: "Ahmad Jauhari kapten yang masih diperlukan" - MAS
Kehilangan pesawat penerbangan MH370 tidak dapat menyembunyikan tanggungjawab berat yang terpikul pada bahunya.
Pemulihan MAS dari "isu reputasi pasaran" ambil masa enam bulan
Proses pemulihan dari situasi yang dipanggil isu reputasi pasaran dalam insiden Pesawat MH370 akan ambil masa enam bulan untuk pulih.
MH370: Bateri isyarat kotak hitam dijadual diganti pada Jun 2014 - MAS
MAS sahkan bahawa terdapat program penyenggaraan dan bateri diganti sebelum tarikh luput.
MH370: Keputusan letak jawatan hanya selepas krisis ini selesai, kata Ahmad Jauhari
CEO MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata keutamaan sekarang ialah mencari pesawat yang disahkan hilang di selatan Lautan Hindi.
MH370: Mesej video dari Ahmad Jauhari terima respons positif
Pesanan video dari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terima respons positif dari orang ramai.
MH370: Malaysia Airlines siasat dakwaan mogok lapar
MAS jamin telah memberikan bantuan yang mencukupi, maklumat dan penjagaan kepada semua ahli keluarga di Beijing.
MAS sokong pelan perniagaan Maskargo
Maskargo Sdn Bhd akan melaksanakan tiga teras pelan perniagaannya bagi tahun ini.