awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pemulihan' sekitar lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan

Bernama
Bernama
01/09/2024
14:47 MYT
'Pemulihan' sekitar lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan
Kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula akan libatkan laluan sepanjang kira-kira 200 meter dari Wisma Yakin hingga Pondok Polis di Jalan Masjid India. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Proses pemulihan dan pembinaan semula lokasi sekitar insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, dijangka memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Beliau berkata kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula akan melibatkan laluan sepanjang kira-kira 200 meter dari Wisma Yakin hingga Pondok Polis di Jalan Masjid India.
Kawasan itu, katanya ketika ini telah ditutup dengan penghadang bagi membolehkan kerja pembaikan dan kajian terperinci dijalankan berhubung sistem utiliti bawah tanah selain beberapa perkara berkaitan oleh agensi dan pihak berkenaan.
"Untuk melihat sistem utiliti bawah tanah itu memerlukan masa dan ia akan melibatkan agensi seperti Indah Water Konsortium serta Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk membuat pemeriksaan sekiranya terdapat kebocoran pada paip.
"Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk memeriksa kabel kerana di kawasan dinding (yang berada di bawah tanah) juga terdapat kabel syarikat itu, manakala Jabatan Mineral dan Geosains pula akan memberikan butiran terperinci tentang laporan teknikal dan kestabilan tanah (sekitar lokasi kejadian)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Maimunah berkata satu jawatankuasa khas yang dibentuk pada 25 Ogos lepas juga dijadual membuat perbincangan esok berhubung tindakan selanjutnya yang perlu diambil.
Beliau berkata peniaga sekitar lokasi kejadian boleh menjalankan perniagaan seperti biasa, namun orang ramai dinasihatkan untuk tidak melepasi pita kuning yang dipasang pasukan polis dan hanya menggunakan laluan pejalan kaki sepanjang proses pemulihan dijalankan.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan G.Vijaya Lakshmi, 48, dihentikan dan beralih ke fasa 'search and recovery' selepas sembilan hari pencarian mangsa dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemulihan
#Jalan Masjid India
#pembaikan jalan
#tanah jerlus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan