awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
300 permohonan lesen mendulang emas diterima sejak awal Januari
PM harap Malaysia-Turkiye saling jadi ‘hab serantau’ untuk Asia dan Eropah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penalti jika pengendali perkhidmatan e-hailing langgar undang-undang - SPAD

Bernama
Bernama
27/05/2017
08:08 MYT
Penalti jika pengendali perkhidmatan e-hailing langgar undang-undang - SPAD
SPAD juga menyarankan agar Uber mengkaji semula proses saringan pemandu mereka pada kadar segera.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan penalti terhadap pengendali perkhidmatan e-hailing atau pemandunya serta menyita kenderaan pemandu jika didapati melanggar undang-undang.
Kenyataan SPAD yang merujuk kepada dakwaan kes rompakan oleh pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita di Puchong, Ahad lalu itu menyebut bahawa walaupun kejadian itu diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPAD amat memandang serius perkara tersebut.
SPAD juga menyarankan agar Uber mengkaji semula proses saringan pemandu mereka pada kadar segera.
"Apabila peraturan e-hailing diluluskan oleh Parlimen (dijangka pada Julai 2017), pengendali perkhidmatan e-hailing akan bertanggungjawab untuk mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan tertinggi.
"Di bawah pindaan yang dicadangkan bagi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, kesemua pemandu e-hailing perlu mendaftar dengan SPAD dan akan tertakluk kepada pemeriksaan latar belakang yang ketat dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia," menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya itu turut mengucapkan syabas atas tindakan pantas PDRM dalam memberkas pemandu yang berusia 22 tahun berkenaan bagi siasatan lanjut dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya apabila diperlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-hailing
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
#tindakan penalti
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan