KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang tamat hari ini, lebih awal daripada jadual asal iaitu 15 Mac.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, keputusan itu diambil selepas kerajaan membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.
"Sehingga kini, KKM (Kementerian Kesihatan) telah melaksanakan 471 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif hanya satu kes telah dilaporkan yang melibatkan lokaliti ini.
"KKM mengesahkan kes positif hanya dikesan dalam Felda Ulu Jempol dan semua kontak rapat, kumpulan sasaran dalam kalangan penduduk telah dikenal pasti, disampel dan diasingkan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu katanya, seramai 517 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 513 dikompaun manakala empat (4) lagi direman.
"Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (202), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (95), tidak memakai pelitup muka (66), aktiviti pusat hiburan (64), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (64), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (18), keluar rumah tanpa alasan munasabah (1) dan lain-lain (7)" ujarnya.
Jelasnya, pihak berkuasa melalui Op Benteng pada Ahad juga telah menangkap 33 orang pendatang tanpa izin (PATI) dan merampas empat buah kenderaan darat.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 102 buah bot atau kapal di perairan negara dan sembilan buah kenderaan darat melalui 12 aktiviti penglihatan.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 87 operasi sanitasi dilakukan meliputi 27 zon merah, empat zon jingga, 11 zon kuning dan tiga zon hijau di seluruh negara.
"Ia melibatkan 410 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 220 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi (41) serta 81 buah jentera JBPM," katanya.
Sementara itu ujarnya, seramai 983 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara pada Ahad.
Selain itu, seramai 3,629 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 56 orang didapati positif COVID-19.
Astro Awani
Mon Mar 08 2021
Ismail menjelaskan, penamatan PKPD dilaksana setelah kerajaan membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP. - Gambar hiasan/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.