KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut, selepas secara rasminya mengesahkan slot ke temasya Paris 2024 pada 23 Julai-11 Ogos ini.
Juara dunia keirin 2017 yang sudah mencecah usia 36 tahun itu menegaskan bahawa kehadirannya ke temasya terbesar dunia itu bukan untuk melengkapkan penyertaan semata-matanya.
Pelumba dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu menganggap penyertaan kali kelima itu sejak penampilan pertama di Beijing 2008, menjadi sejarah besar buat dirinya selepas turut beraksi di edisi London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020.
"Lumba basikal adalah antara sukan yang proses kelayakannya amat sukar dan rumit, ditambah pula dengan pelbagai cabaran luaran yang terpaksa diharungi sepanjang proses tersebut.
"Setiap kitaran Sukan Olimpik mengambil masa selama empat tahun, bermaksud pembabitan saya di temasya Sukan Olimpik ini sahaja sudah 20 tahun," katanya menerusi perkongsian di media sosial.
Beliau turut menyifatkan penampilannya kali ini di Olimpik sebagai 'amat menarik' kerana sudah berumur 36 tahun.
"...rata-rata dari kita percaya yang ianya sudah lewat dan prestasi seseorang atlet itu mulai melantai. Apa yang saya tonjolkan kepada mereka yang celik di sini adalah ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk kita mendustai normal," kata atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Mohd Azizulhasni melakar sejarah sebagai pelumba basikal pertama Malaysia meraih pingat di Olimpik selepas membawa pulang gangsa menerusi keirin pada edisi Rio 2016 dan perak dalam acara sama di Tokyo 2020.
Beliau yang kini berada dalam fasa terakhir persediaan ke Olimpik, turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan penuh dan mendoakan kejayaan beliau serta atlet-atlet lain yang akan membawa cabaran negara ke Paris.
Terdahulu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill mengesahkan bahawa Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri layak ke Olimpik secara rasminya bagi acara keirin dan pecut.
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebelum ini pernah beraksi di empat Olimpik iaitu Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 dan beliau membawa pulang tiga pingat perak bermula 2008 hingga 2016.
Penerjun wanita Datuk Leong Mun Yee merupakan atlet pertama negara beraksi di lima Olimpik (Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Tokyo 2020).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Azizulhasni menegaskan bahawa kehadirannya ke temasya terbesar dunia itu bukan untuk melengkapkan penyertaan semata-matanya. - Gambar fail
Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney
Rooney menggantikan Ian Foster yang dipecat pada April selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.
27 pelapis badminton negara raih pengalaman berharga di Malaysia Masters 2024
Semua pelapis negara dalam sukan badminton itu hadir memberikan sokongan kepada pemain Malaysia yang beraksi di kejohanan tersebut.
AWANI Ringkas: Negara luar memuliakan Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerja 24 jam tanpa bayaran, Sahabat Maktab sanggup bantu jemaah haji
Walaupun perlu berkorban masa dan tenaga, kesemua mereka bertekad menyantuni tetamu Allah dengan sebaiknya seperti yang dilakukan petugas TH.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry;
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Beri peluang bekas banduan bekerja, cegah kembali ke penjara - Ramanan
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Beri peluang bekas banduan bekerja, cegah kembali ke penjara - Ramanan
Kekejaman Zionis: Rundingan gencatan senjata Gaza mungkin disambung semula
Prospek untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata Gaza meningkat walaupun Israel melakukan serangan baharu di mana lebih 40 rakyat Palestin terbunuh.
Kekejaman Zionis: Perintah ICJ gagal menidakkan keseluruhan serangan - Israel
Israel menganggap perintah Mahkamah Dunia untuk menghentikan serangan tenteranya ke atas Rafah di selatan Gaza memberi ruang untuk beberapa tindakan ketenteraan di sana.
Kekejaman Zionis: Penduduk Rafah alu-alukan keputusan mahkamah dunia
Penduduk Semenanjung Gaza mengalu-alukan arahan daripada mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya Israel menghentikan serangan tenteranya ke atas bandar Rafah di selatan.
Mesir sambut arahan ICJ, gesa tindakan UNSC tamatkan krisis
Mesir menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenakan langkah tambahan ke atas Israel.
Selain menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Selain menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Kekejaman Zionis: Itali sambung dana untuk UNRWA
Itali akan menyambung semula pembiayaan untuk organisasi bantuan Palestin PBB (UNRWA) sebagai sebahagian daripada pakej bantuan 35 juta euro.
Melbourne laksana perintah berkurung, Azizulhasni mohon rakyat doakan keselamatan keluarganya
Jaguh acara pecut berbasikal nombor satu dunia, Azizulhasni Awang memohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau dan keluarga susulan perintah berkurung