awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penanaman cerucuk di Taman Wawasan siap 50 peratus

Bernama
Bernama
02/01/2024
15:16 MYT
Penanaman cerucuk di Taman Wawasan siap 50 peratus
Hingga petang Selasa, sebanyak 590 cerucuk besi termasuk 375 cerucuk di kawasan fasa satu sudah selesai ditanam. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penanaman cerucuk besi fasa dua di kawasan parit besar berhampiran lokasi tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, Puchong, di sini, telah siapa 50 peratus.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A Anbalagan berkata hingga petang tadi (Selasa) sebanyak 590 cerucuk besi termasuk 375 cerucuk di kawasan fasa satu sudah selesai ditanam untuk menghentikan sebarang pergerakan tanah.
"Anggaran penanaman cerucuk ini siap oleh kontraktor dalam dua minggu, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, tiada sebarang pergerakan tanah susulan dilaporkan berlaku di kawasan itu, walaupun kerap hujan kebelakangan ini.
Pada 16 Dis lepas, 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan, Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka yang turut mengakibatkan empat kenderaan tertimbus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cerucuk
#taman wawasan
#tanah runtuh
#Puchong
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan